SOLAT JUMAAT

Selalunya orang akan bercerita tentang apakah isi kandungan khutbah yang disampaikan oleh khatib. Tapi hari ini aku akan mendapatkan perspektif berbeza tentang solat jumaat. Maklumlah, aku kan suka lain dari yang lain. Jeng, jeng, jeng… Tapi alangkah ruginya aku tidak membawa K810i aku untuk diambil gambar…

 

SEBELUM SOLAT @ SEMASA KHUTBAH

Aku taklah dapat ceritakan apakah isi kandungan khutbah tersebut, sebab aku datang lewat, gara-gara menunggu dua budak kecil (macam adik aku dah) yang lambat bersiap. Tapi itu bukan isunya. Isunya??? Aku rasa masjid yang menjadi tempat sembahyang aku sedari kecil itu, dipenuhi dengan budak-budak (7-12 tahun).

Apa yang berlaku??? Mereka ini sangatlah bising masa khutbah dibacakan. Maklumlah, bila dah datang lambat, sah-sah tak dapat masuk dalam, kena berdiri di luar dewan solat. Bayangkan, khutbah yang dibacakan tidak dapat ku dengar. Ditambah pula mereka main panjat tangga yang menuju ke bumbung masjid. Kalaulah terjatuh…

 

SEMASA SOLAT @ HABIS KHUTBAH

Aku macam biasalah, mesti kena solat saf belakang (siapa suruh lambat). Harapnya, solat aku sentiasa diterima ALLAH. Amin….(terkejut semua orang aku tulis macam ni.hahaha)

 

SELESAI SOLAT @ SEBELUM BALIK

Macam biasalah, adalah sedikit wirid dibaca selepas solat. Semasa itu, jemaah sebelah kiri aku ini hendak meninggalkan masjid, jadi dia pun bersalam dengan kawannya di sebelah kanan aku (2 orang). Tapi sayangnya, aku tidak langsung dihulurkan salam itu. Sedihnya aku. Macamlah aku ni bukan saudara ISLAM kau!!!

Tak habis disitu, bila selesai doa yang dibaca imam, aku baru saja nak hulurkan tangan bersalam dengan kawan budak yang tak mahu salam dengan aku tadi. Tapi budak tu terus bangun dan meninggalkan tempat itu setelah bersalaman dengan rakannya. Pergh, sedih lagi aku. Kenapa sekarang budak-budak muda seperti tidak menghargai hubungan sesama ISLAM.

Nampak benda ni seperti remeh, tapi sebenarnya inilah yang menyatukan umat.

 

p/s : Sesamalah kita bersatu menyatukan umat ISLAM. Bila cerita pasal Fitna heboh, bukan main semua hantar mesej handphonelah, mesej friendsterlah, dan segala benda yang adalah. Tapi di mana penghayatan tehadap perkara tersebut??? Jangan sibuk nak memboikot barangan, tapi kesatuan umat ISLAM dipandang sepi??? Lu pikirlah sendiri…

Advertisement