Inilah kawan-kawan aku. Tempat aku bermain bola masa muda-muda dulu
Bola??? Mesti korang semua tak percaya aku boleh main bola. Tapi tidaklah sehebat David Beckham, Ronaldinho dan yang lain. Setakat boleh menjaringkan gol oklah. Hahaha. Tapi sayangnya aku dah lama gila tak main bola. Lagi-lagi bila dah masuk matriks dulu. Tak pelah, biarlah ianya menjadi kenangan saja.
Lepas tu, aku sebenarnya tak suka main bola. Malaslah katakan. Ditambah dengan bakat yang kurang dalam arena sukan yang menggunakan kaki. Cuba suruh aku main permainan yang menggunakan tangan (hahaha) handal gila. Jadi disebabkan itu, aku selalunya mendaki gunung sebagai langkah alternatif bila dekat rumah. (guna tangan ke???)
Mercu tanda gunung Tampin di tempat rekreasinya di tiang yang ke-42
Sejuk tau airnya, jernih dan menyegarkan. Pergh…
Kalau pandai ambil gambar dekat sini, dah macam model majalah mangga
Ada juga orang lain berjogging
Aku pergi ambil gambar ni semua lebih kurang jam 6 petang. Disebabkan dah petang, jadi aku naik motor (walaupun tak ada lesen, samalah ngan budak epal). Lagipun tak ada siapa yang nak ikut aku naik gunung tu, jadi kenalah pergi seorang diri. Tak mengapa, janji puas hati dapat sentuh air tu (ingat nak terjun jer ngan … tapi malu pula).
Aku pun teruslah ambil gambar, sebab tak boleh nak mandi. Tak ada kawan jadi aku pun malas. Tapi memang seronok, bial air tu kena saja dekat muka, terasa kesejukan dan kesegaran air gunung tau. Dulu-dulu aku tiap-tiap minggu naik gunung tu dengan kawan-kawan. Siap bawa makanan semua, ala-ala berkelah di atas gunung. Teringat masa muda-muda dulu.
Ini kebab kegemaran aku dekat rumah
Harga kebab ini baru RM 1.80. Berbeza sekali harganya dengan kebab di kota ini. Sudahlah mahal, tak sedap. Kebab ini kawan aku yang berniaga. Tapi tak pernah pun dapat murah, maklumlah, bukan kawan rapat pun. Sekadar kawan biasa, lagipun kesianlah dekat dia. Sah-sah dia tu peniaga, untung…
Kalau berkesempatan datang ke rumah aku, cubalah kebab ni. Mesti ingat sampai mati. Hahaha. Sedap tau, ni dibeli di pasar malam hari sabtu dekat belakang sekolah lama aku.
Oklah, banyak dah aku menulis ni. Banyak lagi aku lakukan dekat rumah walaupun keadaan kesihatan taklah berapa baik. Tapi kugagahkan jua diri ini.Huhuhu.
Filed under: Aku |
macam best jerk… bile nak bawak aku pi mendaki gunung tuh?? hahahaha lesen mana??? lesen mana??? saman saman
memang best pun, nanti senang2 ko ikutlah aku balik rumah, walaupun kolam tu cetek (bak kata cikgu aku dulu itik berenang pun gelak) tapi memang menyegarkan….
Nak sample kebab tu skit… pos la ke ump nih… leh la…
nanti aku cuba poskan..
nak ckit kebab….
meh aku suapkan…