PEPERIKSAAN AKHIR

Sekadar hiasan

Mesti korang semua pernah rasa situasi di atas ketika ‘study week’. Betul tak??? Siapa setuju angkat tangan!!! Siapa tak setuju angkat kaki!!! Hahaha. Mengapakah perkara ini berlaku??? Sebab kita semua suka studi ‘last minute’ betul tak???

Kadang-kadang juga kita akan rasa putus asa @ ‘give up’. Disebabkan banyak benda belum studi, keletihan berjaga sampai malam (aku tak buat pun) dan nak ‘berenjoy’ sakan ni aku selalu buat). Hahaha. Jadi untuk memulihkan semangat korang semua terimalah sebuah lagu dari aku :

 

HAMPIR KESITU (MENDUA)

 

Aku sedar bukan mudah

Untuk mengejar mimpi indah

Pernah suatu ketika dulu kupunya harapan besar

Kini aku tak pasti dapatkah kumiliki

 

Sudah jauh kita tempuh

Kekalkanlah impian lalu

Mungkin ada hukmah yang akan menunggu di penghujung jalan

Biar nanti kecewa setidak2nya cuba

 

Chorus

Jika halangan menduga

Perjalanan kita janganlah kau putus asa

Kerana ku ada disisi setia menemani

Andai semangat mu gugur,genggamlah tanganku kita hampir kesitu

 

Ada kala kuterasa

Ketabahan telah setegar

Tetapi apakah gunanya berhenti separuh jalan

Percayalah padaku

Aku yakin kita mampu

 

Ulang Chorus

 

Biar orang katakan tak punya harapan bukan mereka tentukan lagi

Kau ada aku, dan aku punya kamu

Apa jua akhirnya tetap bersama

 

 Ulang Chorus

Lagu ni best tau. Korang semua anggaplah kononnya aku sedang menyanyikan untuk korang (pergh, mesti korang tidur terus) Ada beberapa lirik yang aku ‘bold’ kan khas untuk semua. Walaupun lagu ini sebenarnya untuk orang yang bercinta, tetapi anggaplah lagu ini sebagai pencetus api semangat dalam diri korang semua.

p/s : Doakan kejayaan aku dalam final exam. Semoga kita semua akan berjaya dalam exam nanti. Dikesempatan ni, aku nak minta maaf jika ada buat salah dengan pembaca. Bak kata orang putih ‘let bygone be bygone’  (handal juga aku,hehe)

Advertisement