SIAP

Aku tak tahu nak bagi kat korang semua cerita apa. Jadi elok kiranya aku bagitahu dekat korang semua tahu pasal kerja @ asigment yang baru disuruh buat 2 minggu lalu. 2 assigment untuk 3 minggu oleh subjek yang sama (Teknologi Pendidikan)

Bayangkan perlu buat artikel pasal ‘ Pengintegrasian VLO (virtual learning objective) dalam subjek … (kena pilih sendiri, dan team aku ambil kima) Artikel lebih kurang 10 muka lebih. Bunyi macam tak banyakkan, tapi cuba korang buat. Lagi-lagi diwaktu sibuk nak study, mesti rasa banyak. Hahaha.

Ke-2 aku kena buat multimedia presentation untuk subjek yang sama. Benda ini tak kisahlah berkaitan subjek pengajaran kita nanti mahupun tema. Disebabkan diberi pilihan, aku pun ambillah bab tema-tema ni. Senang sikit nak buat, haha. Jadi aku buat pasal monyet. Mesti terkejut lecturer tu nanti, lantaklah.

Jadi sebenarnya, susah tau nak jadi cikgu sekarang ni. Mungkin ramai yang tak tahu tugas sebagai guru berat. Nak belajar jadi cikgu pun sesuatu yang amat memeningkan. Hahaha. Betul tak pembaca yang ambil jurusan pendidikan??? Hahaha.

Oleh itu, bagi mengenang jasa kita yang bersusah payah belajar untuk menjadi guru ni, marilah kta sama-sama menyanyikan lagu ‘Kami Guru Malaysia’. Dibawah ini aku sertakan lirik bagi yang tidak hafal. Hahaha.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

 

p/s : Kepada semua bakal guru, janganlah kita mudah berputus asa. Bersamalah kita enjoy dengan kerja yang bakal menanti kita. Hahaha