MOTOR BARU

Mak: Abang beli motor baru!!!

Aku: Yeke, dia tak bagi tau pun

Mak: Moto besar, 5 jam dari Kedah sampai rumah

Aku: Besar mana?

Mak: besarlah, tayar dia dah macam tayar keta.

Aku: Hahaha (pandai mak aku buat lawak)

Itu adalah sedikit perbualan antara aku dan mak aku. Nak tahu yang lebih, mana boleh. Hahaha. Cuma agak sedikit mengejutkan akulah bila dapat tahu abangku yang paling rapat dengan aku ni beli motor baru. Ciss, aku dekat sini pula, kalau tak sah-sah aku adalah orang yang akan mencubanya.

Motor apa yang abang aku beli??? Sampai mak aku cakap motor besar (orang tua tak tahu jenis motor, aku pun sama saja) Jadi aku pun anggap sajalah motornya macam gambar kat bawah (berangan saja aku, bukan kaya mana pun kitorang ni)

 

Sekadar suka-suka

 

Tapi part yang paling best adalah bila abangku beli motor baru, peluang untuk mendapatkan motor lagenda merahnya bernombor plat KBR tu supaya menjadi milik aku adalah tinggi. HAhaha. Maklumlah, aku akan menjalani latihan mengajar tahun hadapan, jadi bolehlah bagi dekat aku (sekarang tak ada lesen). Bolehlah, kan abangku sayang (macamlah dia baca blog ni,haha)

Dia tak nak bagi pun aku nak minta pinjam juga, tak pun aku buat latihan mengajar dekat Kedah, so dia ada. Boleh melepak rumah dia. Seronoknya

KEHIDUPAN

Pagi ini aku membelek blog-blog rakan yang ada di senarai aku. Walaupun sejak semalam perut ini menderita sakit yang menyucuk, namun aku seperti terpanggil untuk membuka internet. Tiba-tiba sedang aku asyik membelek entry-entry baru dari rakan-rakan, aku begitu sedih dengan entry seorang rakan ini.

Bacalah, semoga kita akan sentiasa sedar tentang kehidupan kita di dunia ini (noktah)