Hahaha, dulu aku ada baca blog Pjoyz UMP dia bagi tips untuk hilangkan stress katanya. Namun aku adalah cuba 2 3 perkara yang disarankan tapi tak berkesan. Jadi aku buat terapi baru berdasarkan pengalaman kawan-kawan dulu masa dekat sekolah teknik.Hehehe
Di kala aku tengah bapak bosan di waktu petang ahad yang tiada berpenghuni ini (apa kaitannya?) aku merenung dinding sebelah katil aku dengan mengumpul segala kebosanan yang ada dalam jiwa ini. Selepas kekuatan (dalam cerita naruto di panggil cakra) dikumpulkan, lepaskan satu tumbukan di dinding.
Hasilnya??? Mungkin ada yang menyatakan sakit gila babas kan??? Tapi apa yang aku rasa adalah kepuasan yang teramat sangat (puas?). Hilang semua kebosanan yang terpendam di dalam jiwa. Mesti semua tak percayakan??? Sebab apa korang kena percaya??? Sebab aku tak suka menipu (kecuali time debat,haha)
Mesti ada yang cakap aku gila!!! Oh tidak, jangan salah sangka. Aku akan jadi gila kalau tak lepaskan kebosanan itu. Nak tahu mana aku belajar??? Semuanya masa sorang member sekolah teknik dulu yang selalu tumbuk dinding tanpa cedera (yeke, selalunya tangan dia bengkak. Haha)
Tapi harus diingat, jangan buat perkara ini jika tiada orang lain (aku tak apa, maklumlah pengasas). Tapi saranan aku adalah janganlah korang buat benda ini, sebab aku buat sakit sebenarnya. Hahaha. Tapi tak adalah bengkak-bengkak semua. Wakakaka. Maklumlah kuat.
Disebabkan aku dah merapu dekat dalam ini, maka hilanglah sedikit kebosanan dalam jiwa ini (dalam keadaan tangan sedikit sakit) Wakaka. Apa yang pasti aku memang tengah bosan gila waktu ini. Rasa nak terjun kolam mandi ada, nak terjun sungai ada, nak panjat gunung ada, nak lari keliling UKM ada, nak pergi menghabiskan duit ada pendek kata macam-macam ada.
p/s : Harapnya benda ini tidaklah dipanggil sampah kerana ianya merupakan bentuk luahan perasaan. Ingat jika menulis untuk menjadi terapi psikologi adalah lebih baik daripada menulis untuk mengeji orang lain dan membuat fitnah. Semua diminta berfikir.
Insan : Suka hati akulah nak tulis apa pun, siapa yang suka datanglah dan bacalah. Siapa yang mungkin tak suka aku tak boleh nak buat apa. Tapi tolonglah jangan membaca hanya kerana anda terpaksa, terbeban rasanya. (apa yang aku merepek ni???) [noktah]
Filed under: Aku | 8 Comments »