Hahaha, dulu aku ada baca blog Pjoyz UMP dia bagi tips untuk hilangkan stress katanya. Namun aku adalah cuba 2 3 perkara yang disarankan tapi tak berkesan. Jadi aku buat terapi baru berdasarkan pengalaman kawan-kawan dulu masa dekat sekolah teknik.Hehehe
Di kala aku tengah bapak bosan di waktu petang ahad yang tiada berpenghuni ini (apa kaitannya?) aku merenung dinding sebelah katil aku dengan mengumpul segala kebosanan yang ada dalam jiwa ini. Selepas kekuatan (dalam cerita naruto di panggil cakra) dikumpulkan, lepaskan satu tumbukan di dinding.
Hasilnya??? Mungkin ada yang menyatakan sakit gila babas kan??? Tapi apa yang aku rasa adalah kepuasan yang teramat sangat (puas?). Hilang semua kebosanan yang terpendam di dalam jiwa. Mesti semua tak percayakan??? Sebab apa korang kena percaya??? Sebab aku tak suka menipu (kecuali time debat,haha)
Mesti ada yang cakap aku gila!!! Oh tidak, jangan salah sangka. Aku akan jadi gila kalau tak lepaskan kebosanan itu. Nak tahu mana aku belajar??? Semuanya masa sorang member sekolah teknik dulu yang selalu tumbuk dinding tanpa cedera (yeke, selalunya tangan dia bengkak. Haha)
Tapi harus diingat, jangan buat perkara ini jika tiada orang lain (aku tak apa, maklumlah pengasas). Tapi saranan aku adalah janganlah korang buat benda ini, sebab aku buat sakit sebenarnya. Hahaha. Tapi tak adalah bengkak-bengkak semua. Wakakaka. Maklumlah kuat.
Disebabkan aku dah merapu dekat dalam ini, maka hilanglah sedikit kebosanan dalam jiwa ini (dalam keadaan tangan sedikit sakit) Wakaka. Apa yang pasti aku memang tengah bosan gila waktu ini. Rasa nak terjun kolam mandi ada, nak terjun sungai ada, nak panjat gunung ada, nak lari keliling UKM ada, nak pergi menghabiskan duit ada pendek kata macam-macam ada.
p/s : Harapnya benda ini tidaklah dipanggil sampah kerana ianya merupakan bentuk luahan perasaan. Ingat jika menulis untuk menjadi terapi psikologi adalah lebih baik daripada menulis untuk mengeji orang lain dan membuat fitnah. Semua diminta berfikir.
Insan : Suka hati akulah nak tulis apa pun, siapa yang suka datanglah dan bacalah. Siapa yang mungkin tak suka aku tak boleh nak buat apa. Tapi tolonglah jangan membaca hanya kerana anda terpaksa, terbeban rasanya. (apa yang aku merepek ni???) [noktah]
Filed under: Aku |
carik penyakit sungguhla… ok ambil minyak merah panas tu lumuq banyaq2 no…
Insan : terima kasih atas minyak yang diberikan @ disponsor
cari penyakit!!! ko bela la kucing dapat hilang bosan.. betul try la.. ni aku yang jadi pengasas!!!
Insan : kat sini tak boleh bela kucing, payah…nanti aku pikir terapi lain plak
cool..gud..gud..wat lagi k, lebih cool kalu wat kelab menumbuk dinding ramai2.
Insan : kalau dibuat nak join???
tak best..ape kata amek minyak petrol atau minyak 4T (ko mesti tak tau minyak 4T tu hape sebab ko tak tau bawak moto..hahahahaha)
pastu minum sepuas hati..akan terasa satu kehangatan yang lebih hangat daripada biasa…cuba ar..kompem dapat anugerah pelajaran di raja konvo 2 tahun lagik..hahahahaha
Insan : bukan kalau motor guna 2T ker???siapa yang bawak motor sampai tergolek kat roundabout dan jatuh macam nangka busuk serta sakit bahu tu ha???opss silap, bukan nangka busuk, bak telur pecah(papa yokies)
Laa… ko bosan.. bkan stress… memang la tips tu x berkesan… hehehehehe
Insan : itulah sebabnya
antara titik mula stress adalah kebosanan melampau..
senang jer tak nak bosan, cuba buat peru cuba perkara baru yang positif.
contoh:
1. tegur makcik cafe yang langsung ko tak pnah tgur
2. jalan2 keliling cafe, kalau boleh 7 pusingan
3. turun cafe bli mkanan stiap 3 jam
x taula bkesan ke tak…akupun x pnah cube lg.wakakakaripap
Insan : cara 1, makcik kafe semua dah kenal. cara 2, selalu buat sebab aku memang suka berjalan. Cara 3, aku on diet, so x leh gune cara tu. Hahahahancus…
Tips amer tu cuma berkesan kalo wang penuh didalam saku… hehehe… kalo dah kering cam aku skang, kompem x kesan… tapi bertambah stress sbb x duit… heheheh
insan : setuju…
bosan sampai x tahu nak wat aper…………….
sume da bosan.
ader penawar ker?