KE’CUTE’AN

Memandangkan budak epal begitu konfiden menyatakan tentang kehandsomeman yang dimiliki, maka aku juga tak nak kalah dengannya. Hahaha (apa punya pertandingan daaa) Kalau dalam debat, bukti diperlukan bagi menyokong setiap pernyataan mereka. Hehehe.

Jadi dengan hujah pertama tentang betapa muka cute miut aku ini disukai ramai. Hahaha (sangat dah gila). Muka aku memang diakui ke’cute’an nya apabila aku sentiasa menarik perhatian orang ketika berjalan di kafe (konfiden, hahaha).

Mana tidaknya, semalam ketika sedang aku syok menikmati dinner aku yang murah di kafe itu, ada sekumpulan wanita yang aku lihat bersungguh-sungguh hendak mengambil gambar aku. Pelbagai taktik yang digunakan mereka (sebab aku mengelak dalam senyap) Akhirnya mereka berjaya untuk mengambil gambar aku. Lantaklah, yang penting jangan kau bomohkan aku sudah.

Jadi melaui penghujahan sebentar tadi, sememangnya aku ‘cute’. Hahaha.

p/s : Jangan tiru aksi dan cara ini ketika anda sedang tertekan membaca nota exam, kerana dikhuatiri anda akan dicemuh kerana manusia memang tidak berpuas hati dengan kelebihan orang lain. Wkakaka. Ada berani, kutuklah???

BERTUKAR

Tajuk entry ini macam biasa ku dengar bila pulang ke rumah. Oh, inilah perkataan yang selalu dituturkan oleh anak buah aku jika ingin bertukar menjadi ryukendo/justirizer dan etc (pengaruh tv). Namun bukan itu yang ingin aku ceritakan hari ini.

Hari ini mari aku ajak korang semua untuk bertukar mood sedikit dan kita bercerita tentang sesuatu yang mungkin lebih berilmiah. Sebelum itu, bacalah dahulu petikan akhbar utusan hari ini yang aku ‘copy’ dari laman utusan.com.my.

KUALA LUMPUR 21 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, penstrukturan semula institusi membanteras rasuah yang ditubuhkan pada tahun 1967 itu merupakan satu daripada empat inisiatif kerajaan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.

Tiga inisiatif lain ialah:

Menambah jumlah anggota dan pegawai penguat kuasa antirasuah daripada 2,000 orang sekarang kepada 5,000 dalam tempoh lima tahun;

Memperkenalkan undang-undang melindungi pemberi maklumat dan saksi;

Menambah baik sistem pemerolehan awam.

Abdullah berkata, penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia itu bertujuan meningkatkan keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti awam dalam usaha membanteras gejala rasuah di negara ini.

Saya selalu percaya dengan memberi lebih kebebasan kepada BPR, ia akan membolehkan agensi itu melaksanakan setiap tugas dengan lebih baik.

Ini adalah langkah kerajaan yang aku kira sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi dan dijalankan untuk beberapa lagi agensi lain. Kerana apa? Bagi aku, untuk memajukan sesuatu agensi mahupun badan itu, campur tangan politik tidak harus berlaku.

Kita dah pun dapat melihat bagaimana apabila bola sepak dipolitikkan, jahanam sukan bola sepak kita. Semakin hari semakin teruk. Begitu juga dengan badan mahupun agensi lain yang sudah menerima kesan.

Pempolitikan agensi sebenarnya dah berlaku lama, cuma perkara yang berlaku ini tidak diendahkan. Oleh itu, sudah tiba masanya, agensi dan sebuah badan itu dibebaskan dari belenggu politik.

p/s : Bosannya entry aku hari ini, hahaha. Maklumlah, jika menulis kerana tertekan inilah akibatnya. Yang penting aku nak cari budak perempuan mana yang semalam berusaha bersungguh-sungguh ambil gambar aku semalam ketika dinner dekat kafe. Hampeh sungguh, mengganggu privacy