Ini adalah keseluruhan buku dan kertas yang aku gunakan untuk semester ini bagi subjek Teknologi Pendidikan (GGGE 2153). Biar aku ceritakan sedikit mengenai kesemua buku dan kertas ini.
Ini adalah nota yang telah aku pendekkan untuk exam kali ini. Pemendekkan yang aku lakukan adalah berdasarkan tips dan hint yang telah diberikan oleh pensyarah. Apa yang pasti, hampir semua subjek juga melakukan sedemikian rupa, mengharapkan tips akhir sebelum exam. 5 helai kertas kajang yang digunakan sepenuhnya muka depan dan belakang. Sempat atau tidak menghafalnya??? Insyaallah.
Ini pula adalah rujukan utama yang perlu dibeli oleh semua pelajar (100++ pelajar) Namun buku yang disediakan hanyalah untuk 50 orang! Jadi bagaimana untuk mendapatkannya??? Fotostat. Tapi aku tak pun fotostat, hanya meminjam daripada kawan. Buku ini hanya digunakan untuk exam semata-mata, jadi apakah faedahnya sepanjang semester ini???Tidak dapat ditafsirkan. Redha sajalah siapa yang beli.
Buku ini konon-kononnya akan dijadikan sumber rujukan kedua sepanjang semester ini, namun ianya hanyalah sebuah buku yang digunakan untuk presentation dalam tutorial. Tapi group tutorial aku tidak juga menggunakan buku ini. Harga RM 40 yang dibayar untuk apa??? Penulis buku ini adalah pensyarah aku sendiri dan isterinya pensyarah fakulti pendidikan UPM. Redha juga aku membelinya, demi ilmu yang dicari.
Inilah sebenarnya buku yang sangat bermakna sepanjang semester ini. Di dalam buku inilah kucoretkan segala nota yang diberi di dalam kuliah (sebenarnya aku tiru kawan saja, dalam kuliah borak). Buku inilah kucari segala maklumat berkaitan dengan exam. Inilah buku kucoretkan segalanya. Luahan hati dan perasaan juga ada dalam buku ini (sebenarnya mengantuk). Hahaha.
p/s : Doakanlah kejayaan aku untuk exam kali ini. Ini paper pertama, jam 1530 di Dewan Peperiksaan Tun Abdullah Salleh, no meja 533 selama 1 jam 30 minit. (pergh, lengkap maklumat,hahaha)
Filed under: Aku |
so senang budak2 FPEND…. kalo budak law… setiap buku itu amatlah berharga… baik dari segi harga wang ringgit…. mahu pun harga isi kandungannya!!!
jgn marah haa….
setuju.. buku kami budak law ade yg mencecah ratusan ringgit.. kena belik lak tuh.. lg pening. bukan sebuah dua.. satu subjek 3-4 buku.. haishh.. ape la nasib badan…
wah bob aku terasa gak la aku pun bakal cikguuuuuu…. insan leh pinjam buku hang??? Sem depan aku amik tekno pend. 🙂
buku dak masscom lagik mahal.Suma kena beli dari overseas..dah la tu duit plak habis sebab kena beli barang2 production.Kesimpulannye..mascom lagi best dan vougue..hahahahahahaha
awis>>>hayati sajak ini :
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang….(sambung sendiri)
Naz>>>biasalah kalau kena beli buku mahal2…
Budak Epal>>>Boleh, serius ker???Aku tak kisah pun
Joetosz>>>Isunya adalah buku, bukan barang2 selain buku, jangan salah konsep…
Insan : Apalah korang semua, aku bukan membicarakan isu berapa harga buku, aku berbicara pasal buku yang disuruh beli tetapi tidak digunakan langsung. Jadi kepada anda yang memang kena guna buku tu, jangan merungut…
iNGAT, JANGAN SALAH KONSEP…
Buku nie kalo x sempat baca pun xpe..
leh wat kenangan..huhuhu
HUHU..
inilah buku2 budak2 pendidikan guna…
beza nama je..pengisisnnnya sama dengan u aku nih..
woi.. bakal cikgu…
cikgu??
nanti kat skol ada debat gurutau..
jund >>> tuelah, nak wat kenanganlah, tue yg beli
faiezi >>>besalah, muka depan lain, isi akan sama. sama2 jd cikgu debat