Lagi 4 hari aku nak start exam untuk paper kedua. Ada lagi 4 paper yang harus aku tempuh. Ada 4 lagi hati yang perlu dijaga (ada ke???,Gila) Ada 4 ringgit lagi dalam dompet (malas nak pergi cucuk duit) Ada 4 apa lagi ek???
Apalah yang aku merapu ni. Sebenarnya aku dah bosan study. Penatlah, mood pun tak datang. Selepas kekecewaan terhadap paper exam yang pertama haritu. Hampir-hampir aku membuat sejarah untuk mendapatkan 30 markah perfect untuk bahagian subjektif kertas teknologi pendidikan itu.
Aku keluar-keluar dewan terus menerpa kawan dan bertanyakan satu soalan yang aku rasa langsung tak pernah nampak dalam buku. Tetapi alangkah kecewanya, semuanya ada di dalam buku. Ini telah menyebabkan aku rasa macam buta sangat ketika baca buku. Benda macam tu pun boleh terlepas pandang. Argggggggggghhhhhhhhhhh…
Tak mengapalah, apa yang aku harapkan sekarang adalah aku dapat yang terbaik untuk paper tu. Berdoa dan terus berdoa. Tapi yang penting mood study sekarang agak hilang tak tahu ke mana.
Oklah aku nak pergi cari mood yang lari tu. Nanti kalau aku dah jumpa, aku studylah.. Daa
p/s : Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu tekanan (saya melaporkan untuk Insan)
Filed under: Aku | 9 Comments »