“Mak masuk hospital!” Es-em-es ringkas abg aku. “Nape?” tanyaku. “Macam biasa, sakit mak tu!” jawab abgku. “Bila masuk?”tanyaku lagi. “Pagi tadi..” balas abgku. “Nape tak bgtau awal2?” balasku tak puas hati. “Ko jgn risolah, mak ok!” tak jawab pertanyaan. Membuak hatiku menahan marah pada abgku. (Mesej ini aku terima kira2 jam 9 malam hari jumaat)
Siapa diantara anda yang boleh senang lenang jika ibu anda masuk hospital?? Di kala waktu exam!! Itu satu hal. Yang membuat anda marah bila anda lambat diberitahu. Membuakkan hatiku lagi tambah marah.
Namun, tidak ku tunjukkan pada rakan. Di depan mereka, sembunyikan segala duka. Paparkan segala senyuman dan hiburkan mereka dengan gelak tawa. Maklumlah, senyuman penawar segala kedukaan. Nak mengadu? Pada siapa? Semua sedang sibuk dengan aktiviti mereka. Tiada siapa yang nak melayan aku ini. Tak mengapalah. Aku sudah biasa pun keseorangan dan dilupakan. Jadi apa masalahnya, kalau hendak menangis, menangislah di dalam hati. Kalau hendak berduka, dukalah jiwa. Inilah yang aku selalu lakukan.
Study + sedih = senyumlah. Kerana senyum itulah penawar segala duka. Aku menulis bukan untuk memohon simpati, hanya sekadar untuk meluahkan segala rasa yang terpendam. (Pada ketika aku sedang menulis ini pun ibuku masih tidak keluar lagi dari hospital, semoga dia dapat keluar esok. Senyumlah wahai ibu, senyumlah wahai anak)
Filed under: Aku | 7 Comments »