BUKAN

“Mak masuk hospital!” Es-em-es ringkas abg aku. “Nape?” tanyaku. “Macam biasa, sakit mak tu!” jawab abgku. “Bila masuk?”tanyaku lagi. “Pagi tadi..” balas abgku. “Nape tak bgtau awal2?” balasku tak puas hati. “Ko jgn risolah, mak ok!” tak jawab pertanyaan. Membuak hatiku menahan marah pada abgku. (Mesej ini aku terima kira2 jam 9 malam hari jumaat)

Siapa diantara anda yang boleh senang lenang jika ibu anda masuk hospital?? Di kala waktu exam!! Itu satu hal. Yang membuat anda marah bila anda lambat diberitahu. Membuakkan hatiku lagi tambah marah.

Namun, tidak ku tunjukkan pada rakan. Di depan mereka, sembunyikan segala duka. Paparkan segala senyuman dan hiburkan mereka dengan gelak tawa. Maklumlah, senyuman penawar segala kedukaan. Nak mengadu? Pada siapa? Semua sedang sibuk dengan aktiviti mereka. Tiada siapa yang nak melayan aku ini. Tak mengapalah. Aku sudah biasa pun keseorangan dan dilupakan. Jadi apa masalahnya, kalau hendak menangis, menangislah di dalam hati. Kalau hendak berduka, dukalah jiwa. Inilah yang aku selalu lakukan.

 

Study + sedih = senyumlah. Kerana senyum itulah penawar segala duka. Aku menulis bukan untuk memohon simpati, hanya sekadar untuk meluahkan segala rasa yang terpendam. (Pada ketika aku sedang menulis ini pun ibuku masih tidak keluar lagi dari hospital, semoga dia dapat keluar esok. Senyumlah wahai ibu, senyumlah wahai anak)

Advertisement

7 Respons

  1. mase naz form 3 di MRSM, nenek naz sgt rapat ngn naz. bile dia arwah tgh hr, naz hanya di maklumkan malam itu… org yg paling lwt mengetahui.. bukan tu je, naz hanya di jemput dr MRSM keesokan hr n sempat tibe beberapa jam sebelum jenazah di kapankan.. huhu.. so naz paham wut u fell when u were informed late. sabar je..

  2. hmmmm kadang2 elders ada tougher reason for being very late 2 info u. i often feel it once my dad kena admit di hospital since im d closest with him n im d most “sememeh” among siblings. they just dont wanna disturb ur study (mungkin kita kadang2 perlu bersangka baik). mcm naz, my grandpa meninggal ms i nk spm n i only knew it few days aftern tau pon via my aunty. god know how it feel to b d only family member yg xde di sisi arwah tp nk buat cemane… pape pon, semoga ur mom sihat semula, aminn…

  3. tabahkan hati. ada org lebih teruk pengaalamannya drpd nuar. mcm dL dan naz. mg mak cepat kuar spital n kamu fokus shj kpd exam. jgn pk lain2 lagi.

  4. Hati seorang adik tak sama ngan hati seorang abang!we have our own reason la bro!consentrate to your final exam!

  5. aku kan, adik2 aku sumer dok asrama, ..
    kalo ayah or mak aku tetiba dikejarkan ke hospital.. aku jarang bgtau diorg cepat2..

    1. aku xmo diorg risau…sumer dok jauh2…nnt susahkan dorg je nk balik..

    2. ayah or mak aku pasti x bg aku risau kan diorg

    so, aku rasa abg ko mesti cam aku… kami bgtau lewat, ada lah reason nya… bila dah agak stabil…kalu bgtau tau adik2.. at least kurg la sikit rasa gelabah adik2 tu…

  6. naz >>>tq naz, sad to hear ur story

    dil >>>mgkin itulah sebabnya

    badut >>>tq byk atas support yg sgt2 tue

    joe >>>mgkinlah itu sbbnyer

    nana >>>mungkin kot, nyway tq

  7. Smoga mak ko cpat sembuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: