Ini adalah keseluruhan buku dan kertas yang aku gunakan untuk semester ini bagi subjek Teknologi Pendidikan (GGGE 2153). Biar aku ceritakan sedikit mengenai kesemua buku dan kertas ini.
Ini adalah nota yang telah aku pendekkan untuk exam kali ini. Pemendekkan yang aku lakukan adalah berdasarkan tips dan hint yang telah diberikan oleh pensyarah. Apa yang pasti, hampir semua subjek juga melakukan sedemikian rupa, mengharapkan tips akhir sebelum exam. 5 helai kertas kajang yang digunakan sepenuhnya muka depan dan belakang. Sempat atau tidak menghafalnya??? Insyaallah.
Ini pula adalah rujukan utama yang perlu dibeli oleh semua pelajar (100++ pelajar) Namun buku yang disediakan hanyalah untuk 50 orang! Jadi bagaimana untuk mendapatkannya??? Fotostat. Tapi aku tak pun fotostat, hanya meminjam daripada kawan. Buku ini hanya digunakan untuk exam semata-mata, jadi apakah faedahnya sepanjang semester ini???Tidak dapat ditafsirkan. Redha sajalah siapa yang beli.
Buku ini konon-kononnya akan dijadikan sumber rujukan kedua sepanjang semester ini, namun ianya hanyalah sebuah buku yang digunakan untuk presentation dalam tutorial. Tapi group tutorial aku tidak juga menggunakan buku ini. Harga RM 40 yang dibayar untuk apa??? Penulis buku ini adalah pensyarah aku sendiri dan isterinya pensyarah fakulti pendidikan UPM. Redha juga aku membelinya, demi ilmu yang dicari.
Inilah sebenarnya buku yang sangat bermakna sepanjang semester ini. Di dalam buku inilah kucoretkan segala nota yang diberi di dalam kuliah (sebenarnya aku tiru kawan saja, dalam kuliah borak). Buku inilah kucari segala maklumat berkaitan dengan exam. Inilah buku kucoretkan segalanya. Luahan hati dan perasaan juga ada dalam buku ini (sebenarnya mengantuk). Hahaha.
p/s : Doakanlah kejayaan aku untuk exam kali ini. Ini paper pertama, jam 1530 di Dewan Peperiksaan Tun Abdullah Salleh, no meja 533 selama 1 jam 30 minit. (pergh, lengkap maklumat,hahaha)
Filed under: Aku | 8 Comments »