PERPADUAN

Sebelum aku ceritakan pengalaman aku sepanjang debat perpaduan, nikmatilah sedikit gambar yang sempat aku rakamkan dan ingin kongsikan bersama korang semua.

[rockyou id=113866622&w=426&h=320]

 

FASA 1(SEPANJANG PERJALANAN PERGI DAN MALAM DINNER)

Kami bertolak lebih kurang jam 8.30 pagi. Pagi tu aku macam orang gila angkat beg sendiri dan barang-barang perdebatan. Agak kelam kabutlah, tapi aku tetap macho. Hahaha. Kami ni kan ala-ala anak tiri ‘U’ ni, jadi dapatlah kami bas yang agak buruk dan tidak melambangkan UKM langsung. Inikah balasannya kami yang membawa nama UKM??

Tetapi tidak mengapa, kami bersyukur juga dengan bas itu, walaupun yang pergi 8 orang tetap naik bas berkapasiti 40 orang. Hahaha. Sepanjang perjalanan macam biasalah, berhenti makan, nak buang air jangan cakaplah. Yang paling penting sepanjang perjalanan kami dihiburkan dengan lagu-lagu rock kapak abang driver. Hahaha. Layannnn

Yang aku tak puas hati bila abang driver tu macam nak marah aku sebab tak tahu jalan. Nak saja aku cakap, kalau aku dah tahu jalan aku pergi sendiri naik kereta sendiri (ada ke??) Dahlah kami sampai lambat menyebabkan kami semua dapat blok belakang yang jauh gila dari tempat makan. Sampai dalam pukul 6.30 petang. Yayyyy

Malam tu pula dinner. Katanya pukul 8 malam. Biasalah kalau dah seua pendebat datang dari jauh, mestilah lambat. Apa yang kelakar, hampir kesemua datang ke majlis selepas majlis sudah pun bermula. Pegawai kami, janganlah cerita bila dia dah mula menjeling. Hahaha.

Makanannya, bolehlah tahan rasanya. Menyelamatkan keadaan 1st impression kami yang dah memandang makanan itu. Tak vogue langsung. Hahaha. Tapi rasa dia memang bestlah. Terima kasih sebab buat diet aku hancur.

Selepas makan-makan, terus ada taklimat untuk peserta. Oklah, selepas tu semua pendebat mulalah berbincang sesama sendiri. Kitoraang adalah pasukan paling awal habis berbincang. Hahaha. Semua pun balik tidur akibat keletihan. Best, aku tidur seorang diri saja.

FASA 2 (SEPANJANG PERTANDINGAN)

Hari pertama team aku menang 2 dari 3 pusingan. Oklah. Rezeki ada untuk kami pada hari pertama. Namun pada hari kedua, kami hanya menang sekali di awal pagi dan kalah 2 lagi pusingan. Ini menyebabkan kami hanya mengumpul 3 kemenangan dan kekurangan 1 juri untuk layak ke peringkat seterusnya (suku akhir). Maka aku bersedihlah sedikit kerana tidak mampu untuk mengekalkan prestasi lepas.

Namun esoknya ketika mengumumkan pendebat terbaik, aku adalah rezeki mendapat tempat ke-3 secar keseluruhan. Namun apa maknanya semua itu jika team tidak pergi ke mana. Namun itu bukanlah bermakna aku tidak bersyukur atas apa yang diberikanNya. Hadiahnya?? Dapatlah aku PAKEJ LAWATAN INTEGRASI KE SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN hujung tahun ini. Siapa lagi yang dapat? Finalist malam tu, UIAM dan UiTM serta Azri (UM) dan Fairus (UMS)

Disebabkan aku dah tidak layak ke suku akhir, maka bermulalah rentak perjuangan berposing sana sini. Dengan bantuan K810i aku dan kamera digital Khai, aku berposing dengan semua orang dan berposing seorang diri dengan bantuan juru kamera Khai. Hahaha. Tapi yang hampehnya, malam tu bila Khai balik rumah tunang dia, semua gambar dah terdelete. Uwaaaa…

FASA 3 (JALAN-JALAN)

Macam biasalah, kalau dah kita berada di bahagian utara ni mestilah pergi padang besar. Lagi-lagilah bila dah dekat sangat kita ni dengan Thailand. Hahaha. Aku tak membeli apa pun masa dekat sana. Ekonomi meleset sikit. Maklumlah hujung-hujung semester ni. Uwaa, geram saja. Banyak benda nak beli tapi tak dapat. Dulu belikan anak saudara aku teddy bear besar. Wakkaka.

Kitorang pergi naik bas yang UKM bagi tu. Budak-budak UNITEN tumpang sekali, sebab driver diorang kamcing dengan driver kitorangf. Huhu. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan indah ladang tebu. Bak kata EN fairus dah macam dekat Oversea. Hehe.

FASA 4 (PERJALANAN PULANG)

Kitorang balik terus lepas final malam tu. Si Pidin dari USM tumpang. Maklumlah, makwe diakan presiden kelab debat UKM. Hahaha. Jadi dia pun mintalah kebenaran aku selaku ketu rombongan dan pasukan. Hahaha. Aku bagi jer, sebab Pidin ni memang dah rapat dengan kitorang. haha

Balik macam biasalah, tidur saja sepanjang perjalanan. Berhenti sebab nak buang air, sejuklah katakan. Nak panaskan badan pun tak boleh pula. Kitorang sampai lambat lagi, sebab ada traffic jam dekat IKEA KL tu. ada lori terbalik dan melintang dekat tengah-tengah jalan. Dekat 1 jam setengah terkandas. Habis rosak pundi kencing kitorang semua menahan kesejukan. hahaha

Oklah, tu jer nak cerita untuk edisi debat kali ini. Tunggukan pula cerita aku pergi mandi gunung lepas balik dari debat tempoh hari. Best gila. Lama dah tak berendam lama-lama dengan air gunung.

 

 

Advertisement

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Sehari sebelum aku ke pertandingan debat perpaduan tempoh hari, aku telah berkesempatan berkunjung ke sebuah restoran yang baru dibuka cawangannya di sebelah hentian kajang. Dengan membawa nama ‘Village View’ yang terkenal dengan suasana restoran yang menarik dan mempesonakan.

Ini sebahagian gambar-gambar yang sempat aku curi ambil. Hehehe

  

  

Cantik gila

Ini adalah serba sedikit gambaran restoran berkenaan. Sangat mempesonakan tempat tersebut. Jemputlah datang ke sana, di sebelah hentian Kajang berdekatan dengan UKM. Nanti boleh melawat aku dekat UKM. JOM…

SEMINGGU

Seminggu aku dah tidak update blog ini.

Seminggu sudah mungkin aku tak buka friendster.

Seminggu sudah aku tak update antivirus.

Seminggu sudah korang rindu dekat penulisan mengarut aku (yeke?)

Seminggu sudah aku bosan hidup tanpa internet (actually ada, malas nak guna dekat UUM)

Seminggu sudah aku keletihan.

Oklah, actually banyak gak benda nak cerita, tapi disebabkan wayar connection K810i ke laptop aku tak bawa balik rumah, jadi lewat sikitlah ya. Cerita pasal debat. Cerita aku pergi kedai makan baru sebelum pergi debat dan cerita aku pergi mandi gunung lepas balik debat.

Tak bestlah nak cerita tak ada gambar. Nanti tak terbayang dek fikiran. Hahaha. Anyway, sesiapa yang rindu aku, mesejlah handphone aku atau pun dekat frenster aku ya.

Oklah nak tidurlah, aku mengantuk sangat ni. Aku menulis lagi bila dah sampai UKM. Maaf kerana sudah lama tidak menulis. Nantikan gambar menarik ketika mandi di air gunung, waktu makan di kedai makan baru dan sedikit gambar sewaktu berjumpa pendebat IPT seMalaysia.

PERPADUAN

Dikala sekarang negara kita agak gempar dengan pelbagai isu perpaduan melanda negara (yeke?), berlangsunglah debat perpaduan di UUM dari 20-23 Mei 2008. Delegasi UKM akan menghantar 1 pasukan ke pertandingan tersebut.

Design by : Joetosz corporation

Delegasi UKM akan dibarisi pendebat muda dan pendebat yang tidak berapa nak tua. Hahaha. Senarainya :

  1. Shafiq Bin Mahadi (Fakulti Undang-Undang)
  2. Kho Suet Ni (Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan)
  3. Khairul Anuar Bin Salim (Fakulti Pendidikan)
  4. Panglima Jagumba J. Padasian (Fakulti Sains Dan Teknologi)

Semoga pertandingan kali ini akan membawa kejayaan kepada delegasi UKM. Mungkin mudah untuk mengecapi kejayaan, namun sukar untuk mempertahankan kejayaan itu. Semoga Allah sentiasa memberikan rezeki kepada kami. Amin…

p/s : Tak sabar nak jumpa rakan-rakan pendebat lain. Rindu dekat korang semua. Sudah lama kita tidak berjumpa. Sayangnya, Ali Asyraf tiada, rakan guru fizik aku tu. Hahaha. Jumpa di sana.

3 SEBAB MEMILIH

Buntut kereta sahaja

Aku tertarik dengan cara promosi iklan bagi kereta saga baru ini. Tidak pernah pun aku terdetik tentang cara promosi begini. hahaha. Baca ya seterusnya.

Katanya ada 3 sebab kenapa rakyat Malaysia  memilih saga baru?

1) 413 liter but = 56 biji durian

Kalau dengan saga baru, anda boleh memuatkan semua durian ke dalam but belakang tanpa perlu melipatkan tempat duduk. Anak-anak anda bolehlah duduk dengan selesa. Nak tunjuk betapa luasnya tempat letak belakang kereta.

2) 22 liter minyak dari KL ke Pulau Pinang = 15 pinggan char kuey teow

Penjimatan minyak yang hebat dengan enjin CamPro IAFM, menjadikan perjalaanan yang jauh rasa seperti sekejap sahaja. Anda bolehlah berbelanja lebih untuk perkara-perkara lain : seperti nasi kandar, asam laksa, roti canai, mi hokkien.. Ni nak tunjukkan betapa kita dapat berjimat tatkala harga minyak terus meningkat naik

3)1013mm ruang untuk kepala, 876mm untuk kaki, 1340mm untuk bahu = 5 orang gembira

Dengan ruang kabin yang luas dalam kategorinya, saga baru ternyata lebih luas dan selesa. Rakan anda yang tinggi lamapai tidak perlulah enundukkan kepalanya di sepanjang perjalaanan lagi.

Menarikkan? Cara promosi menggunakan perbandingan dengan makanan dan juga perasaan. Perkara ini lebih menyebabkan perkara tersebut dengan dengan pelanggan mereka. Maknanya saya kira perkara ini akan menarik perhatian pembeli. Aku nanti nak beli kereta apa ya? Apa saja pun boleh, bergantung pada rezeki. Ni mungkin dia nak cakap orang berbadan besar juga tak perlu berhimpit seperti naik kereta kancil.

p/s : Selsema aku masih tidak pulih. Rasanya makin teruk. Tapi harapnya akan pulih, INSYAALLAH. Doakan aku ya. Kepala aku juga masih tidak berapa betul. hahaha