CUTI UMUM

Hari ini hari ahad. Waktu untuk bersama keluarga, hari untuk tidur tahap dewa, waktu untuk keluar dating, hari untuk berjalan-jalan bersama kawan-kawan dan banyak lagi. Namun apa yang aku lakukan pada hari ahad ini di waktu ini?

Sejak dari pagi, ketika semua orang aku kira sedang asyik dilamun mimpi, aku telah pun memulakan program menelaah pelajaran. Bukan apa, aku asyik tidak boleh tidur dengan baik sejak akhir-akhir ini. Hanya mampu untuk lena 2 3 jam saja. Jadi gunakanlah waktu yang ada untuk belajar (yeke,hahaha)

Diakibatkan dengan tidur yang tidak cukup itu, membuatkan badan aku sedikit tidak sihat. Namun aku redah juga dan cuba untuk menyegarkan diri. Kalau aku layan, jawabnya tak belajarlah aku. Nasib baiklah ada kawan-kawan di sini yang menjadi teman pengibur dengan lawak-lawak mereka. Jika tidak mati kebosananlah aku ketika belajar. Nak ber’YM’ aku kira semua dah balik. Nak ber es-em-es, tiada kawan yang sudi (kampus zone dah tak ada, jadi mahal)

Oklah, aku pun nak sambung study. Walauapa pun doakan kesihatan aku akan baik, kerana ada 2 lagi paper yang perlu aku redah. Doakan juga kejayaan aku ok.

Paper ke-4 : Fizik 2 (STSF1024) pada 05/05/08 jam 0830 di Dewan Peperiksaan Tun Abdullah Salleh. No meja 223. Jangkamasa peperiksaan 3 jam (sejuknya…)

Paper ke-5 : Kemahiran berfikir dalam Pendidikan (GGGA2143) pada 07/05/08 di Dewan Peperiksaan Tun Abdullah Salleh. No meja 191. Jangkamasa peperiksaan 2 jam (sejuk juga…)

p/s : Lepas exam nanti tunggukan entry mahupun pages baru tentang kehidupan aku sepanjang tahun 2 di UKM ni. Banyak kenangan yang aku ingin berkongsi bersama. Mari kita review hidup aku nanti. Huhuhu