PUNCA

Aku menulis ketika semua orang sedang nyenyak tidur. Aku? Seperti biasa, sekadar melepaskan batuk di tangga. Hati tidak keruan dengan peperiksaan untuk kertas pagi ini jam 0830 selama 3 jam. Namun apa yang ingin aku kongsi bukan berkaitan dengan exam, cuma bebelan biasa ketika sedang tertekan.

“Gurauan boleh jadi igauan, boleh jadi pengganggu fikiran, lagi-lagi di waktu peperiksaan, akan menjad tekanan, pohon 1001 kemaafan, pada mereka yang terkesan, hanya itu jadi penyelesaian, untuk memulih satu perhubungan.”

Apalah aku merepek ni, oklah nak sambung menghafal ni. Banyak lagi. Takut (banyak benda yang perlu untuk difikirakan) sangat-sangat sampai demam dah aku sekarang.

p/s : Maaf kalau tidak balas mesej, kredit dah expired date. Tak sempat nak topup, tunggu jam 1130 baru cari topup.