WAKANABEB

Bangun pagi-pagi ini, aku telah di tagged oleh senior debat aku. Jadi bagi memenuhi tuntutannya, aku akan layan. Huhuhu, REDAH JER!!! Aku tengah nak study kertas yang terakhir esok ni, namun aku boleh layan. Sekejap saja pun. Dengarkan jawapan hamba, Abg Bob!!!

5 hadiah yang diimpikan

1) Seluar

2) Perfume

3) Kasut

4) Percutian

5) Motor

Senaraikan alasan atas permintaan itu

1) Kenapa aku minta seluar? Sebab aku tak pandai pilih seluar sendiri. Selalunya kalau beli seluar mesti ajak member nak tanya ok ke tak. Hahaha, memang kelemahan betul. Jadi bila kahwin kena yang pandai bergaya sikitlah untuk bantu aku. Hahaha

2) Aku suka bauan yang best, macam Hugo (orang bagi) dan Armani (orang lain pakai). Pada yang pernah bagi dulu, terima kasih. Pada yang mungkin berkira-kira nak bagi dialu-alukan. Tapi bezday aku dah lepas. Hahaha

3) I’m lack of kasut. Tension betul. Bila pergi kedai kasut, tak tahu nak beli yang mana. Semua tak berkenan. Tapi bila tengok orang lain pakai macam cantik pula. Jadi mungkin ada yang teringin melihat aku menyarungkan kasut pilihannya, bagilah dekat aku. Confirm aku pakai, sebab aku menghargai pemberian orang. Cewahhh

4) Pada saat dan ketika ini, aku sangat-sangat penat dan agak tertekan. Jadi aku nak bercuti. Tak kisahlah dekat mana-mana, janji bercuti. Aku nak berehat, melihat pemandangan yang indah, memandang kehidupan pelbagai. Lagi best kalau tempat itu sangat-sangatlah mengujakan aku. Hahaha. Siapa nak taja dan nak ikut mehlah.

5) Walaupun aku masih lagi tidak mempunyai lesen yang sah lagi untuk menonggeng motor, namun aku memang sangat teruja untuk ada motor sendiri. Dekat sini susah nak pergi kelas. Lagipun aku nak rasa penat dan jerih penunggang motor yang balik kampung naik motor. Kena hujan, kena panas. Semuanya pengalaman dan kenangan.

 

5 impresi terhadap orang yang diminati

1) Aku suka orang yang jujur dan tidak menipu. I hate Liar!!!! Sebab bagi aku, biar apapun perhubungan kita, janganlah kita menipu. Perhubungan  yang terbina sah-sah takkan lama.

2 ) Menepati masa. Aku juga jenis orang yang menepati masa. Aku bukanlah tak suka menunggu dan tak benci pun pada orang yang lambat, cuma kita akan rugi banyak bendalah bila kita lambat.

3 ) Aku suka orang yang sentiasa menghormati dan menyayangi orang lain. Sebab kita kalau sentiasa mengasihi dan menyayangi, mesti hidup kita akan best aman dan harmoni.

4) Aku juga suka orang yang besederhana. Simple but kemas. Mudah.

5) Orang yang suka tersenyum. Sebab bila kita tengok wajah orang macam ni, mesti hati akan tenang.

 

Perkara yang paling hebat dilakukan terhadap anda

Semua ciri-ciri yang aku letakkan ni, belum pernah ada pada sesiapa. Seseorang yang aku kenal mesti ada yang kurangnya. Tak apalah, manusia tidak sempurna. Huhuhuhuhu. Namun ada jugalah yang sangat-sangat menghargai kewujudan aku dekat Bumi tuhan ini. Terima kasih, perhatian dan sokongan itu sudah cukup membuatkan aku rasa mampu untuk terus hidup. Ayooo, gempaknya ayat ini.

 

5 ciptaan paling disukai

1) My body (mantap,haha)

2) Laptop Acer 4520 (banyak berjasa)

3) Handphone (senang nak mesej dan call)

4) Makanan (penghilang tension)

5) Kawan-kawan (penghibur kala duka)

 

5 perkara paling dibenci

1) Orang yang suka menipu

2) Bila tension (semua kerja tak jadi)

3) Exam (banyak sangat kena baca)

4) Orang cakap tak serupa bikin

5) . . .

 

5 orang yang nak ditagged

1) Jund

2) Tongkangbocor

3) Cahaya Biru

4) Nazwan MMU

5) Ali Asyraf UM

p/s : Disebabkan abg bob dah tagged orang-orang tertentu, maka aku tukar orang lain. Jangan kecil hati ye…

7 Respons

  1. 5 hadiah yang diimpikan

    1) Pakej Umrah

    2) Rumah

    3) Handphone – dah dapat!

    4) Percutian – dah dapat!

    5) Kasut Kerja yang baru – minggu depan dapat!

    Senaraikan alasan atas permintaan itu

    1) Sebab aku teringin nak buat umrah dari dulu lagi.

    2) Hampir2 menang rumah dulu masa masuk final roda impian musim kelapan. tapi dapat no3 sbb jadi raja muflis masa pusingan akhir n cuma menang sofa set rm32k.

    3) yay dah dapat! N95

    4) yay baru balik dr Redang.

    5) hadiah utk diri sendiri jer…dah tempah tp takda stok.

    5 impresi terhadap orang yang diminati

    1) manja

    2 ) putih melepak

    3 ) tinggi

    4) kurus

    5) Comel

    Perkara yang paling hebat dilakukan terhadap anda

    Dihargai wpun selepas dibuang kolej. Word yang buat aku terharu; “bila dah jadi mcm ni kami barulah kami realize yang encik SiBi amat diperlukan”.

    5 ciptaan paling disukai

    1) My pejabat (insyaAllah siap bulan 6 ikut citarasa n konsep sendiri)

    2) My rumah sewa ( deco sendiri)

    3) my Handphone (beyond my expectation)

    4) My laptop/pc

    5) My maxis broadband!

    5 perkara paling dibenci

    1) bila gangguan sakit dtg

    2) panas dan berpeluh2

    3) Exam

    4) org yang perasan

    5) talam duapuluh muka

    5 orang yang nak ditagged

    TIADA


  2. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  3. loh, aku lak terkena?nt aku jwb ye, kt cc ni,pki 1/2 jam je nk save duit,haha…

  4. 5 ciptaan paling disukai

    1) My body (mantap,haha)

    MANTAP SANGATKAN..MOTIF..

    HAHA KU SILAP TAIP TQ BETUIKAN SDAR TUH…

  5. 5 ciptaan paling disukai

    1) My body (mantap,haha)

    MANTAP LAH SANGAT….

    HAHA TQ SEDARKAN AKU PASAL SDAR TUH..TERSASUL-SASUL..


  6. shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

  7. da jawab da tagg ne…. 😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: