AKHIRNYA

Setelah dua tahun aku belajar di UKM ini, hari ini berakhri sudah kertas peperiksaan yang terakhir. Alhamdullillah, kertas yang terakhir ini tidaklah sesusah yang dijangkakan. Tersenyum melihat soalan dan jawapan yang aku berikan. Seakan memberi sinar harapan untuk aku. Insyaallah.

Apa yang aku nak buat sekarang??? Mengemas dan bersedia untuk aktiviti debat yang agak banyak. Namun tidak mengapa, dek kerana minat semuanya kelihatan sangat mudah (yeke?)

Oklah, kalau korang semua nak tahu apa yang berlaku sepanjang tahun 2 pengajian di UKM ni, klik dekat SINI. Banyak kenangan pahit dan manis aku coretkan buat semua.

Advertisement

BILA KASIH SUDAH TIADA

Cewah, ayat tak nak kalah. Namun besar maknanya dalam entry kali ini. Harus diingat, cerita ini tiada kaitan dengan penulis, hanya cerita yang disampaikan orang saja.

Kawan,

Kita kena hati-hati dalam perhubungan (faham2 jelah). Kita jangan terlalu yakin dengan kasih yang orang beri. Dan yang paling penting, kita juga jangan mencurahkan seluruh kasih padanya (takut2 ditinggalkan kelak)

Aku,

No komen (dalam hati, motif tiba2 bagi aku nasihat macam ni. Aku tak berpacaran pun sekarang. Mungkin sekadar nasihat)

Kawan,

Yelah, sebab kalau kita beri sepenuh kasih padanya sah2lah kita akan tunjukkan kasih itu padanya. Lepas tu mulalah dia mendabik dada. Konon-konon kita tak akan tinggalkannya. Mulalah dia alpa, kemudian kita yang merana.

Aku,

Oh macam tu ke? Bukti? (ala2 debat dah) Hahaha

Kawan,

Buktinya, bila sengketa. Sah2 dia tak akan datang dan memohon maaf. Sebab kitakan kasih gila padanya, jadi kitalah yang kena minta maaf padanya. Dia? Sah2 rasa tak bersalah (walaupun salah) sebab yakin kita akan pergi menyembahnya meminta maaf padanya (dek kerana sayang) Kalau dah sampai tahap ini, apa cerita???

Aku,

Ish, dahsyat sungguh. Jadi apakah yang kau lakukan? (pergh, skema giler soklan)

Kawan,

Tahlah, tak tahu nak buat apa. Kalau dah dia angkuh dengan egonya yang seco’et tu, maka tidaklah aku pergi kepadanya. (dah macam cerita klasik plak) Biarkan sahaja!!!!

Aku,

Hmm, jangan dikenang benda yang dah lepas. Anak sungai pun berubah, ini pula hati orang (lagu mengapa dirindu) Apa yang penting sekarang EXAM!!!Senyumlah walaupun hati sedang berduka, kerana senyum adalah penawar segala kepedihan. (pergh, sejak bila boleh buat ayat jiwang ni??)

 

Pengajaran untuk aku??? Disebabkan aku belum bercinta, jadi aku buat rumusan begini :

1) Jangan mengharap kasih orang sangat2. Gunalah rumus 4 bahagian

2) Jangan terlalu yakin orang mengasihi kita. Kerana keyakinan itu kelak dikhuatiri akan memusnahkan kita.

3) Buangkan tagline ‘biarkan saja’. Sesuatu berlaku, carilah penyelesaiannya, bukan biarkan.

4) Bercintalah… Namun EXAM jangan lupa. Hahaha

 p/s : Cuba hayati lagu ini : Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam. Kertas terakhir hari ini adalah Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan (GGGA2143) jam 1200-1400 (07/05/08) di DT Abdullah Salleh. No meja 191. Doakan kejayaan aku ini. Lepas ini banyak agenda nak buat. Hahaha

 

Pisang hanya berbuah sekali, namun jika berbuah sekali lagi janganlah kita pernah kesal dengannya. Anggaplah ianya sebagai satu rezeki untuk menambahkan rezeki yang sedia ada.