Sekarang semua pelajar dah mula bercuti. Aku??? Tidak dapat bercuti seperti mereka, kerana ada tugas yang masih dibahu untuk dilakukan. Berdebat untuk UKM dan berkampung bagi debat pelajar-pelajar baru untuk semester hadapan. Selain itu terpaksa menguruskan debat untuk pelajar sekolah. Banyaknya kerja.
Sekarang ini aku tengah merempat di kolej sendiri, akibat pengurusan UKM ini yang telah membatalkan permohonan perkampungan kami sehingga 14/05. Jadi kenalah menagih kasih dari pengurusan kolej untuk tinggal sementara. Terima kasih kepada pengurusan yang membenarkan.
Sekarang pun, aku tegah pening memikirkan tentang debat perpaduan yang akan berlangsung. Dek kerana syarat baru yang dikenakan oleh pihak perpaduan, maka kecelaruan berlaku di Kem Debat UKM. Kami tidak dapat mencari pendebat bumiputera yang mencukupi ataupun mencari bangsa lain. Argh, peningnya. Macam mana nak pergi pertandingan kalau macam ini. Sedihnya…
Sekarang perkampungan pun agak bosan, sebab kitorang semua budak debat duduk berasingan. Jadi kami tak bolehlah nak bergelak tawa sakan macam selalu. Latihan malam semalam pun agak menggusarkan. Masing-masing seperti kehilangan rentak debat masing-masing. Argh, takutnya nak pergi pertandingan.
Sekarang sepatutnya adalah waktu untuk bercuti ke mana-mana untuk menghilangkan tekanan. Namun aku masih di sini bekerja. Uwaaa, tak apalah, ini jalan yang kupilih. Harus untuk kutempuhi. Sedihnya (konon-konon)
Filed under: Hidup | 5 Comments »