JASAMU DIKENANG

Sepatutnya tajuk entry ni sesuai untuk EN. H. Hahaha. Namun, dek kerana EN. H dah setahun pun grad dan menjadi pegawai kat Pejabat Perhubungan Korprat UKM ni (alamak…terbocor sudah) jadi dedikasi ni khas buat senior-senior tercinta yang akan ter’grad’ nanti. Biar aku cerita seorang demi seorang. Hehehe.

Mohd Khairel Rani (Kerelina)

Dia ni presiden Urusetia Pengucapan Umum UKM. Mengetuai kelab debat 4 bahasa di UKM, menjadi beliau ini sangat bermulut lancang. Kehandalannya melontarkan vokal mampu untuk menyebabkan orang yang tertidur untuk terjaga.

Abg Kerel merupakan ‘jam loceng’ pendebat-pendebat UKM di setiap tempat pertandingan. Bayangkan jeritan manjanya, mampu merentasi 2 blok kediaman (nyaring gila). Lawaknya akan sentiasa dikenang dan diingati sepanjang hidup. Hanjengannya menjadikan kami seperti sekarang. Tanpanya yang bergelar ‘ratu fakta’ membantu membawa kejayaan kami. Terima kasih ABANG KEREL

 

Mohd Taufik Khamis (Zita Manja)

Bila aku mengimbau kembali sejarah pertama kali menyertai pertandingan debat peringkat intervarsiti, inilah senior yang aku kira banyak membantu. Dialah senior yang bersama aku dan team di Royal Debate di UNIMAS. Pergi tanpa sebarang pengetahuan debat universiti, menyebabkan kitorang hanya disuapkan sahaja olehnya.

Seorang yang sangat mudah untuk didampingi dan baik serta tagline manja, aku kira sangat bersesuaian dengan dirinya. Bersama sekali lagi dalam team merdeka, membawa kejayaan yang agak memberangsangkan. Terima kasih kepada ABANG TOPEC.

 

Aria Putera Kamal (Ariana)

Ini senior yang best gak. Dengan lawak-lawak ketuhanan yang sangat berbahaya ini, menyebabkan beliau sentiasa akan dikenang. Orang yang pertama memberi aku pendebat terbaik ketika debat Minggu Mesra Mahasiswa UKM yang menjadi batu loncatan untuk aku terus di arena perdebatan ini.

Kehanjengan mulutnya ketika memberikan komen ketika latihan debat banyak membantu dalam sesi latihan yang diadakan. Setiap komennya walaupun kadangkala menyakitkan, ianya pasti akan membantu kita untuk terus menjadi yang lebih baik. Terima kasih ABANG ARIA (abang ker??)

 

Farol Hadi Mustafa (Luisa)

Dia ni ada idea yang banyak untuk berdebat. Cuma bila nak berdebat, kecuakkan akan menggangu sedikit persembahannya. Namun, idea ketika memberi komen sangat baik. Mulutnya tidaklah sehanjeng mana, sebab dia ala-ala senior yang agak baiklah.

Seorang yang selalu ‘tintong2’. Hahaha, baik jugalah orangnya. Merupakan antara senior yang selalu ke semua pertandingan debat, sebagai penyokong mahupun pendebat. Hahaha. Oklah tu. Terima kasi ABANG FAROL.

 

Hazzier Abd Mu’in (Armani)

Senior yang paling best bila bercerita. Ada sahaja cerita-cerita menarik yang akan dipersembahkan kepada kami. Kalau dibawa masa pertandingan debat, mampu untuk menghilangkan stress. Ala-ala macam mesin penghiburlah. Hahaha.

Dek kerana kebolehannya menyampaikan cerita dengan baik, maka tidak hairanlah sering mendapat pendebat terbaik. Seorang yang sangat-sangat kelakar dan baik. Komen dan idea ketika berdebat sangatlah menarik. Ingin sekali merasai untu bersamanya dalam 1 team jika berkesempatan. Hahaha

 

Muhammad Firdaus Abd. Rahim (Bobiyana Dolce)

Ha!!!Untuk pengetahuan korang semua, inilah senior yang sentiasa menjadi idola dan inspirasi aku untuk berdebat. Pertama kali melihatnya berdebat memikat hatiku untuk berdebat. Seorang yang sangat digeruni lawan dan juga menjadi kebanggaan UKM.

Perwatakannya yang suka makan, macam aku juga. Hahaha. Beberapa kali bersamanya di dalam satu team, membawa 1001 kenangan pahit dan manis. Walau apa pun yang berlaku kau tetap dihati (GITU..) Apa lagi yang boleh aku ceritakan kepada korang semua, hampir semua pendebat seluruh malaysia mengenalinya. Terima kasih ABANG BOB

Itu semua cerita mereka yang memberikan aku kehidupan dalam dunia debat ini. Tanpa mereka siapalah aku di arena perdebatan. Terima kasih kerana memberi peluang kepada aku dahulu. Akan aku cuba untuk mebuatkan anda semua bangga dengan kami.

p/s : Semua nama-nama wanita itu hanyalah sekadar lawak yang diciptakan untuk memeriahkan suasana. Tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia. Maaf diminta terlebih dahulu.

 

 

Advertisement