KENA LAGI

Aku di’tagged’ lagi. Kali ini oleh mahsyar90 pula. Disebabkan ini rakan blog aku yang baru, jadi kita jawab sajalah apa yang diminta orang. Walaupun sedang sibuk sekarang ini, aku masih lagi cuba untuk bermain internet. Baiklah adik mahsyarlah ya (aku lagi tua) ini jawabnya (rima berpantun)

5st TIME

1st time bersunat

Lawaknya. Ada ke orang 2 kali bersunat? Hahaha. Ada jugalah bila berlaku masalah. wakakaka. Lucahnya cerita aku ini. Biasalah rasanya kalau di tanya pada orang lelaki. Hahaha. Kepada yang belum sunat jaga-jaga. Sakit gila, dia guna ‘sensaw’ grrrrrrrrrr (dulu-dulu kalau nak takutkan orang)

1st time accident

Accident dengan kawan aku masa nak pergi gunting rambut. Masa tu naik basikal sampai rumah kawan dan ajak dia sekali. Aku yang bawa basikal, dia membonceng. Dek kerana kedegilan dia nak goyang-goyangkan basikal aku terhumban menyeberang longkang. Kepala aku bengkak. Semingu 2 3 hari saja pergi sekolah dalam sebulan tu. Hahaha. Aku rasa ni sebabnya aku happy sangat kot.

1st time bercinta

Hahaha, ni lawaklah. Memang betul orang kata cinta pertama cinta monyet. Lagi-lagi masa tu, aku baru darjah 6. Siapa suruh budak tu nak kapel dengan aku. Aku terima saja. Hahaha. Tak lama pun, dalam 6 bulan. Budak 1 taman aku juga, kenal dalam bas sekolah. hahaha. Tapi sempatlah aku dapat hadiah dari dia. Terima kasih. Segala surat dan hadiah aku masih simpan.

1st time cium

Hahaha. Mesti korang fikir negatifkan. Ni aku nak cerita bila 1st time aku cium binatang. Sebab mak aku tak bagi cium binatang. Jadi aku curi-curi cium kucing masa aku tingkatan 4.  Hahaha. Lepas tu, aku memang suka tengok kucing yang comel. lepas tu mesti nak cium. Yayayyyyyy. Best

1st time masuk asrama

Ayoo, ni yang aku takut dulu. Masuk asrama pertama kali masa tingkatan tingkatan 4, di sekolah menengah teknik di negeri sembilan. Takutnya, sebab masa aku sampai tu orang lain semuanya kelihatan sangat besar (sebab aku nikan comel) Masa itu jugalah buat pertama kali aku mempunyai rakan baik yang sangat rapat. Kami berkongsi hobi, berkongsi minat sukan yang sama, dan banyak lagi persamaan lain.

Disinilah aku belajar erti kehidupan sebenar. Macam-macam yang aku belajar. Tak payahlah aku ceritakan apakah yang aku belajar. Sebab aku rasa semua juga melalui perkara yang sama. hahaha. Siapa yang lebih kurang dengan akulah.

 

p/s : Waktu ni, budak-budak tengah sparing debat. Aku berehat sekejap. Penat gila ditambah dengan kelaparan tahap babun. Oklah, dah nak pergi makan ni (jam 1130) Habislah diet aku..uwaaaaa

SEDIH II

Akibat daripada kecelaruan emosi (bukan identiti) yang berlaku, telah menyebabkan aku mudah untuk diserang sakit. Walaupun sakitnya hanyalah selsema dan juga sedikit batuk dan sakit perut, namun itulah permulaannya jika aku hendak demam.

Moga aku tidaklah demam, sebab debat semakin menghampiri. Waktu yang semakin suntuk menjadikan keadaan lebih tertekan (tapi main internet juga). Beberapa masalah yang dihadapi sebelum ini juga dapat diselesaikan satu persatu.

Masalah penempatan kitorang pendebat yang hendak berkampung baru selesai semalam. Best jugalah, sebab dapat bilik sorang satu (boleh melagho, tapi tanpa internet). Disebabkan mengemas bilik itu yang sangatlah berhabuk semalamlah, menyebabkan aku selsema ni. Hampeh!!!

Masalah mencari pendebat juga aku kira sudah menemui noktah penyelesaian apabila aku berjaya mencari amoi yang pernah berdebat sewaktu debat minggu pengurusan pelajar. Itulah gunanya berbaik dengan orang, dapat balasannya kini.  Aku pula dengan konfiden terlepas  cakap I LOVE U dekat dia, gelak ketawa amoi itu (mungkin terpikat dengan kecomelan aku kot). Sebab terlalu gembira setelah aku menghabiskan kredit sebanyak 20 ringgit untuk telefon. Ayooo (duit makin kering, konfiden jer habiskan)

Sekarang ini, aku berdoa agar ALLAH akan mengurniakan rahmat dan rezekinya untuk aku berjaya di debat perpaduan ini. Aminnn. Semoga sesuatu bakal tercipta di sana. INSYAALLAH

p/s : Oklah aku kena prepared untuk perpaduan. Chow dulu ek, anything just mesej atau telefon aku di 012-624****. Hahaha (macamlah kawan2 aku tak tahu)Hahaha