KENA LAGI

Aku di’tagged’ lagi. Kali ini oleh mahsyar90 pula. Disebabkan ini rakan blog aku yang baru, jadi kita jawab sajalah apa yang diminta orang. Walaupun sedang sibuk sekarang ini, aku masih lagi cuba untuk bermain internet. Baiklah adik mahsyarlah ya (aku lagi tua) ini jawabnya (rima berpantun)

5st TIME

1st time bersunat

Lawaknya. Ada ke orang 2 kali bersunat? Hahaha. Ada jugalah bila berlaku masalah. wakakaka. Lucahnya cerita aku ini. Biasalah rasanya kalau di tanya pada orang lelaki. Hahaha. Kepada yang belum sunat jaga-jaga. Sakit gila, dia guna ‘sensaw’ grrrrrrrrrr (dulu-dulu kalau nak takutkan orang)

1st time accident

Accident dengan kawan aku masa nak pergi gunting rambut. Masa tu naik basikal sampai rumah kawan dan ajak dia sekali. Aku yang bawa basikal, dia membonceng. Dek kerana kedegilan dia nak goyang-goyangkan basikal aku terhumban menyeberang longkang. Kepala aku bengkak. Semingu 2 3 hari saja pergi sekolah dalam sebulan tu. Hahaha. Aku rasa ni sebabnya aku happy sangat kot.

1st time bercinta

Hahaha, ni lawaklah. Memang betul orang kata cinta pertama cinta monyet. Lagi-lagi masa tu, aku baru darjah 6. Siapa suruh budak tu nak kapel dengan aku. Aku terima saja. Hahaha. Tak lama pun, dalam 6 bulan. Budak 1 taman aku juga, kenal dalam bas sekolah. hahaha. Tapi sempatlah aku dapat hadiah dari dia. Terima kasih. Segala surat dan hadiah aku masih simpan.

1st time cium

Hahaha. Mesti korang fikir negatifkan. Ni aku nak cerita bila 1st time aku cium binatang. Sebab mak aku tak bagi cium binatang. Jadi aku curi-curi cium kucing masa aku tingkatan 4.  Hahaha. Lepas tu, aku memang suka tengok kucing yang comel. lepas tu mesti nak cium. Yayayyyyyy. Best

1st time masuk asrama

Ayoo, ni yang aku takut dulu. Masuk asrama pertama kali masa tingkatan tingkatan 4, di sekolah menengah teknik di negeri sembilan. Takutnya, sebab masa aku sampai tu orang lain semuanya kelihatan sangat besar (sebab aku nikan comel) Masa itu jugalah buat pertama kali aku mempunyai rakan baik yang sangat rapat. Kami berkongsi hobi, berkongsi minat sukan yang sama, dan banyak lagi persamaan lain.

Disinilah aku belajar erti kehidupan sebenar. Macam-macam yang aku belajar. Tak payahlah aku ceritakan apakah yang aku belajar. Sebab aku rasa semua juga melalui perkara yang sama. hahaha. Siapa yang lebih kurang dengan akulah.

 

p/s : Waktu ni, budak-budak tengah sparing debat. Aku berehat sekejap. Penat gila ditambah dengan kelaparan tahap babun. Oklah, dah nak pergi makan ni (jam 1130) Habislah diet aku..uwaaaaa

Advertisement

4 Respons

  1. tag workplace?? nak tgk pic.. amik la satu tempat.. walaupun kau kata bleh wat kat man2..

    Insan : nanti akan di usahakan yer…jawapan tag aritu dah wat dekat komen tagg kat page awak..hahaha.nanti saya buat lagi

  2. mana2 **

  3. haha..tq ye.. 😀
    dulu aku takut betul nak bersunat ni..diorg ckp kena gergaji la..lucahnye!

    Insan : hahaha, cerita orang dulu2…

  4. hihhi. lawak. la. Kalo comel masuk asrama selalu jadi JAMBU. ko mesti di protect senior kan.. lalalla

    Insan : Agaklah dijaga oleh mereka…Hahaha. Jangan salah tafsir k

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: