Ini adalah dedikasi khas buat seluruh guru yang pernah memberikan aku ilmu untuk aku hidup di dunia ini. Dengan ilmu yang guru berikan,inilah hasilnya. Aku tetap aku, takkan berubah. Seorang yang akan mengangkat seorang guru sebgai orang yang mulia dalam mendidik anak bangsa. Tanpamu, siapalah aku di atas muka bumi ini.
Buat cikgu Rahimah, cikgu Che Mah, cikgu Ali, cigu Irene, cikgu Kong, ustazah Maznah, ustazah Zaleha dan semua guru-guru Sekolah Rendah Tunku Besar Tampin kerana telah memulakan rentak perjuangan aku sebagai seorang insan. Didikan dan bimbingan untuk meniarap dan merangkak di dunia takkan kulupakan. Terima Kasih buat semua.
Kepada cikgu Rajiv, cikgu Goh, cikgu Chan, Ustazah Zainon (Rosalinda), ustazah Saripah, cikgu Norwalis, cikgu Naripah, cikgu Kamariah, cikgu Ng dan ramai lagi guru-guru di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin. Pengajaranmu semua ketika aku mula bertatih amatlah berharga untuk digunakan ketika aku mengharungi perjalanan kehidupan.
Kepada cikgu Adnan, cikgu Chin, cikgu Siew, cikgu Marzuki, cikgu Mastura, cikgu najib dan warga pendidik Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar kerana membolehkan aku berlari di atas kanvas alam ini. Ilmu yang dicurahkan takkan ku persiakan bila menjalani onak dan duri. Terima Kasih.
Tidak dilupakan buat pensyarah di Kolej Matrikulasi Johor yang mencurahkan ilmu untuk setahun di sana. Buat pensyarah di UKM yang telah mendidik selama 2 tahun pengajian. Terima kasih.
Tiada perkara yang dapat kulakukan untuk membalas seluruh jasamu itu. Hanya ungkapan terima kasih dan doa ku buatmu semua menjadi penggantinya. Doakan kejayaan Insan Kerdil ini untuk meneruskan kehidupan yang sangat penuh dengan dugaan. Moga ilmu yang diberikan dapat kugunakan sebaiknya.
p/s : Sekarang badan aku kurang sihat. Selsema makin teruk. Tekak makin perit. Badan semakin lenguh. Doakan aku. Jangan apa yang terjadi di debat Alam Sekitar berulang kembali. Pisang tidak boleh berbuah 2 kali.
Filed under: Ilmu | 4 Comments »