3 SEBAB MEMILIH

Buntut kereta sahaja

Aku tertarik dengan cara promosi iklan bagi kereta saga baru ini. Tidak pernah pun aku terdetik tentang cara promosi begini. hahaha. Baca ya seterusnya.

Katanya ada 3 sebab kenapa rakyat Malaysia  memilih saga baru?

1) 413 liter but = 56 biji durian

Kalau dengan saga baru, anda boleh memuatkan semua durian ke dalam but belakang tanpa perlu melipatkan tempat duduk. Anak-anak anda bolehlah duduk dengan selesa. Nak tunjuk betapa luasnya tempat letak belakang kereta.

2) 22 liter minyak dari KL ke Pulau Pinang = 15 pinggan char kuey teow

Penjimatan minyak yang hebat dengan enjin CamPro IAFM, menjadikan perjalaanan yang jauh rasa seperti sekejap sahaja. Anda bolehlah berbelanja lebih untuk perkara-perkara lain : seperti nasi kandar, asam laksa, roti canai, mi hokkien.. Ni nak tunjukkan betapa kita dapat berjimat tatkala harga minyak terus meningkat naik

3)1013mm ruang untuk kepala, 876mm untuk kaki, 1340mm untuk bahu = 5 orang gembira

Dengan ruang kabin yang luas dalam kategorinya, saga baru ternyata lebih luas dan selesa. Rakan anda yang tinggi lamapai tidak perlulah enundukkan kepalanya di sepanjang perjalaanan lagi.

Menarikkan? Cara promosi menggunakan perbandingan dengan makanan dan juga perasaan. Perkara ini lebih menyebabkan perkara tersebut dengan dengan pelanggan mereka. Maknanya saya kira perkara ini akan menarik perhatian pembeli. Aku nanti nak beli kereta apa ya? Apa saja pun boleh, bergantung pada rezeki. Ni mungkin dia nak cakap orang berbadan besar juga tak perlu berhimpit seperti naik kereta kancil.

p/s : Selsema aku masih tidak pulih. Rasanya makin teruk. Tapi harapnya akan pulih, INSYAALLAH. Doakan aku ya. Kepala aku juga masih tidak berapa betul. hahaha 

Advertisement