PERPADUAN

Sebelum aku ceritakan pengalaman aku sepanjang debat perpaduan, nikmatilah sedikit gambar yang sempat aku rakamkan dan ingin kongsikan bersama korang semua.

[rockyou id=113866622&w=426&h=320]

 

FASA 1(SEPANJANG PERJALANAN PERGI DAN MALAM DINNER)

Kami bertolak lebih kurang jam 8.30 pagi. Pagi tu aku macam orang gila angkat beg sendiri dan barang-barang perdebatan. Agak kelam kabutlah, tapi aku tetap macho. Hahaha. Kami ni kan ala-ala anak tiri ‘U’ ni, jadi dapatlah kami bas yang agak buruk dan tidak melambangkan UKM langsung. Inikah balasannya kami yang membawa nama UKM??

Tetapi tidak mengapa, kami bersyukur juga dengan bas itu, walaupun yang pergi 8 orang tetap naik bas berkapasiti 40 orang. Hahaha. Sepanjang perjalanan macam biasalah, berhenti makan, nak buang air jangan cakaplah. Yang paling penting sepanjang perjalanan kami dihiburkan dengan lagu-lagu rock kapak abang driver. Hahaha. Layannnn

Yang aku tak puas hati bila abang driver tu macam nak marah aku sebab tak tahu jalan. Nak saja aku cakap, kalau aku dah tahu jalan aku pergi sendiri naik kereta sendiri (ada ke??) Dahlah kami sampai lambat menyebabkan kami semua dapat blok belakang yang jauh gila dari tempat makan. Sampai dalam pukul 6.30 petang. Yayyyy

Malam tu pula dinner. Katanya pukul 8 malam. Biasalah kalau dah seua pendebat datang dari jauh, mestilah lambat. Apa yang kelakar, hampir kesemua datang ke majlis selepas majlis sudah pun bermula. Pegawai kami, janganlah cerita bila dia dah mula menjeling. Hahaha.

Makanannya, bolehlah tahan rasanya. Menyelamatkan keadaan 1st impression kami yang dah memandang makanan itu. Tak vogue langsung. Hahaha. Tapi rasa dia memang bestlah. Terima kasih sebab buat diet aku hancur.

Selepas makan-makan, terus ada taklimat untuk peserta. Oklah, selepas tu semua pendebat mulalah berbincang sesama sendiri. Kitoraang adalah pasukan paling awal habis berbincang. Hahaha. Semua pun balik tidur akibat keletihan. Best, aku tidur seorang diri saja.

FASA 2 (SEPANJANG PERTANDINGAN)

Hari pertama team aku menang 2 dari 3 pusingan. Oklah. Rezeki ada untuk kami pada hari pertama. Namun pada hari kedua, kami hanya menang sekali di awal pagi dan kalah 2 lagi pusingan. Ini menyebabkan kami hanya mengumpul 3 kemenangan dan kekurangan 1 juri untuk layak ke peringkat seterusnya (suku akhir). Maka aku bersedihlah sedikit kerana tidak mampu untuk mengekalkan prestasi lepas.

Namun esoknya ketika mengumumkan pendebat terbaik, aku adalah rezeki mendapat tempat ke-3 secar keseluruhan. Namun apa maknanya semua itu jika team tidak pergi ke mana. Namun itu bukanlah bermakna aku tidak bersyukur atas apa yang diberikanNya. Hadiahnya?? Dapatlah aku PAKEJ LAWATAN INTEGRASI KE SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN hujung tahun ini. Siapa lagi yang dapat? Finalist malam tu, UIAM dan UiTM serta Azri (UM) dan Fairus (UMS)

Disebabkan aku dah tidak layak ke suku akhir, maka bermulalah rentak perjuangan berposing sana sini. Dengan bantuan K810i aku dan kamera digital Khai, aku berposing dengan semua orang dan berposing seorang diri dengan bantuan juru kamera Khai. Hahaha. Tapi yang hampehnya, malam tu bila Khai balik rumah tunang dia, semua gambar dah terdelete. Uwaaaa…

FASA 3 (JALAN-JALAN)

Macam biasalah, kalau dah kita berada di bahagian utara ni mestilah pergi padang besar. Lagi-lagilah bila dah dekat sangat kita ni dengan Thailand. Hahaha. Aku tak membeli apa pun masa dekat sana. Ekonomi meleset sikit. Maklumlah hujung-hujung semester ni. Uwaa, geram saja. Banyak benda nak beli tapi tak dapat. Dulu belikan anak saudara aku teddy bear besar. Wakkaka.

Kitorang pergi naik bas yang UKM bagi tu. Budak-budak UNITEN tumpang sekali, sebab driver diorang kamcing dengan driver kitorangf. Huhu. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan indah ladang tebu. Bak kata EN fairus dah macam dekat Oversea. Hehe.

FASA 4 (PERJALANAN PULANG)

Kitorang balik terus lepas final malam tu. Si Pidin dari USM tumpang. Maklumlah, makwe diakan presiden kelab debat UKM. Hahaha. Jadi dia pun mintalah kebenaran aku selaku ketu rombongan dan pasukan. Hahaha. Aku bagi jer, sebab Pidin ni memang dah rapat dengan kitorang. haha

Balik macam biasalah, tidur saja sepanjang perjalanan. Berhenti sebab nak buang air, sejuklah katakan. Nak panaskan badan pun tak boleh pula. Kitorang sampai lambat lagi, sebab ada traffic jam dekat IKEA KL tu. ada lori terbalik dan melintang dekat tengah-tengah jalan. Dekat 1 jam setengah terkandas. Habis rosak pundi kencing kitorang semua menahan kesejukan. hahaha

Oklah, tu jer nak cerita untuk edisi debat kali ini. Tunggukan pula cerita aku pergi mandi gunung lepas balik dari debat tempoh hari. Best gila. Lama dah tak berendam lama-lama dengan air gunung.

 

 

6 Respons

  1. Aku nampak seorang budak lelaki bersandar di tiang dengan gaya persis seorang model,cuba mendapatkan gambar terbaik..hahahahaha

    Insan : bukan persis lagi, tapi sememangnya model.Hahaha

  2. tuhlah doa slalu “anak tiri” ukm…haaa..kan telangkup kalah.tue sbb xsyukurla kn?

    Insan : Tidak dikurniakan rezeki, bersyukur sahaja dengan apa yang diberikan

  3. Hohohohoohoho… cerita pertama yang aku dengar tentang debat perpaduan… dari budak ump pon aku x dengar lagi… hehehe

    Insan : lah yeke, tapi cerita aku x brape nak detailslah..cian kat ko

  4. cube lagi len kali..hehe

    Insan : terima kasih atas sokongan itu

  5. owh, seronok masuk debatkan. kak long dulu pendebat sekolah, pastu wakil daerah ke peringkat negeri. tapi biasala, peringkat negeri payah sikit sebab kat perak ada mckk tau jelahkan. sayang bakat tak berkembang sebab x masuk universiti cam kamu. untunglah, bagus pengalaman ni. tapi pastikan ianya juga bermanfaat bila dah kerja nanti. kamu bakal jadi somebody nanti, insyaallah.

    Insan : terima kasih atas doa itu. Semoga dimakbulkan..

  6. eh korang kalah eyh???wakakakakaka

    Insan : Eh…x lah, menang pula 3 round, so x kalah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: