Ini adalah perkara paling baru berlaku. Aku diajak oleh Farhan dan Rizal Uniten untuk sertai debat komuniti bestari untuk negeri Selangor. Team ini disertai oleh mereka aku dan juga Syamsul UPM. Jadi ala-ala kami ni siswa Bangi dan Serdang.
Seminggu sebelum pertandingan semi dan juga akhir pada 28 Jun 2008 yang lalu di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) kami terpaksa melalui perlawanan suku akhir di Shah Alam.
Perlawanan suku akhir pasukan kami bertemu dengan pasukan daerah Gombak. Semi final kami bertemu pasukan Sabak Bernam (Abg Azerai punya team). Peringkat akhir bertemu pasukan Hulu Selangor (pasukan tuan rumah). Dalam team tu ada Pjoyz UMP dan Faiezi UPSI yang aku kenallah.
Alhamdulillah, rezeki buat kami pasukan Hulu Langat. Johan peringkat negeri dan tahniah buat Syamsul sebab dapat best speaker. Di peringkat zon kebangsaan kami satu kumpulan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan juga Kedah. Moga kami berjaya di peringkat zon nanti.
Dekat bawah ini, ada sedikit gambar buat tatapan semua. Tengoklah ya, semoga yang merindui wajah aku, bolehlah melihat wajah terkini aku yang semakin comel ini. Hahaha. Abg Bob jangan jeles ya, Abg Bob dah tak comel lagi. Hehehe
inilah team final hari itu
hadiah kami semua
tiga sekawan
peminat-peminat syam dan pjoyz
sukanya aku
Filed under: Aku | 7 Comments »