SEJERNIH AIR GUNUNG

Selepas aku pulang dari debat tempoh hari. Aku ambil masa untuk bercuti dari kerja-kerja di UKM ni. Aku balik rumah. Suruh kawan aku ambil, malas nak naik KTM dan bas merah yang aku selalu cerita tu. Member aku pun rajin, oklah tu kan. Hehehe. Terima kasih Wani belanja minyak dan tol.

Jadi dikesempatan aku pulang ini, member aku memperkenalkan satu tempat mandi air gunung yang baru aku jelajahi. Best jugalah. Naik kereta dari rumah 15 minit, lepas tu park kereta kena berjalan kaki pula dalam 30 minit. Mengah gila waktu berjalan, bak kata orang negeri sembilan ‘sompot’. Perjalanan merentasi hutan dan belukar amat mengasyikkan. Cuba tengok gambar di bawah ini.

 

Jom mulakan perjalanan

Exterme giler jalan

Mendamaikan

Batuan yang indah

Bila dah sampai, aku apa lagi menikmatilah kesejukan dan kejernihan air gunung itu. Memang best, susah nak digambarkan. Aku ni pula nak masuk air susah, tapi kalau dah masuk tak tahu keluar. Bayangkan aku masuk jam 10.30 macam tu, keluar dari air jam 2.30 petang. Pergh memang best. Semua kuak aku buat. Lentang, gaya bebas, kuak kupu-kupu semua aku redah.

Tapi aku tak dapatlah tunjuk gambar aku berenang. Dan tak ketinggalan aku juga buat aksi melompat dari atas batu setinggi 5 meter dan terjun masuk air. Hahaha. Menjadi kanak-kanak semula. Gambar ada pada kawan aku, saat aku terjun dan masuk dalam air. Nanti ada masa aku masukkan ya. Buat masa ni, nikmatilah sedikit gambar ini.

Jernihnya air, sejuk tau

Air terjun tu bak urutan di spa

Cantikkan

Macam mana, best tak. Korang kena cuba juga tempat ni. Memang best dan menyegarkan tau. Nanti bila cuti lagi, aku nak pergi lagi tempat tu. Hahaha. Jom mandi gunung, sayangilah Alam Sekitar anda.

 

MAAF

Maaf dari hati ini untuk semua pembaca blog aku. Tidak dapat selalu nak update blog ni. Masalahnya adalah, internet yang bermasalah dekat KM ini, ke ‘busy’ an aku menyiapkan kerja-kerja dan juga laptop aku yang tengah problem gila. Uwaa, Habislah aku kalau laptop rosak. Jangan!!!!

Tidak ada apa-apa perkembangan terbaru pun mengenai diri ini. Apa yang mungkin paling baru ialah aku kena menyertai Kem Debat Integriti dekat Institut Integriti Malaysia. Yang lain-lain macam biasa saja. Debat-debat yang seterusnya aku tak masuk, sisitem penggiliran perlu untuk dilakukan. Mendedahkan pendebat muda aku ke pertandingan-pertandingan utama Intervarsiti.

Doakan laptop aku kembali pulih. Daa, ada masa aku update lagi