Selepas aku pulang dari debat tempoh hari. Aku ambil masa untuk bercuti dari kerja-kerja di UKM ni. Aku balik rumah. Suruh kawan aku ambil, malas nak naik KTM dan bas merah yang aku selalu cerita tu. Member aku pun rajin, oklah tu kan. Hehehe. Terima kasih Wani belanja minyak dan tol.
Jadi dikesempatan aku pulang ini, member aku memperkenalkan satu tempat mandi air gunung yang baru aku jelajahi. Best jugalah. Naik kereta dari rumah 15 minit, lepas tu park kereta kena berjalan kaki pula dalam 30 minit. Mengah gila waktu berjalan, bak kata orang negeri sembilan ‘sompot’. Perjalanan merentasi hutan dan belukar amat mengasyikkan. Cuba tengok gambar di bawah ini.
Jom mulakan perjalanan
Exterme giler jalan
Mendamaikan
Batuan yang indah
Bila dah sampai, aku apa lagi menikmatilah kesejukan dan kejernihan air gunung itu. Memang best, susah nak digambarkan. Aku ni pula nak masuk air susah, tapi kalau dah masuk tak tahu keluar. Bayangkan aku masuk jam 10.30 macam tu, keluar dari air jam 2.30 petang. Pergh memang best. Semua kuak aku buat. Lentang, gaya bebas, kuak kupu-kupu semua aku redah.
Tapi aku tak dapatlah tunjuk gambar aku berenang. Dan tak ketinggalan aku juga buat aksi melompat dari atas batu setinggi 5 meter dan terjun masuk air. Hahaha. Menjadi kanak-kanak semula. Gambar ada pada kawan aku, saat aku terjun dan masuk dalam air. Nanti ada masa aku masukkan ya. Buat masa ni, nikmatilah sedikit gambar ini.
Jernihnya air, sejuk tau
Air terjun tu bak urutan di spa
Cantikkan
Macam mana, best tak. Korang kena cuba juga tempat ni. Memang best dan menyegarkan tau. Nanti bila cuti lagi, aku nak pergi lagi tempat tu. Hahaha. Jom mandi gunung, sayangilah Alam Sekitar anda.
Â
Filed under: Hidup |
macam lagi best kat sungai congkak… wakakaaka… jgn marah ek nuarku…
Air kat sungai congkak gatal la bob…. huhuhuuh.. cam best jek air terjun nih… bawak aku nanti weh… hehehehe
kitar semula utk menjamin alam sekitar yg lebih bersih (ape lak aku kempen kitar semula lak ni???)
awis >>>x marah pun, tapi pjoyz dah bidas plak
pjoyz >>> tq backup aku, nnt aku bawak ek
hazri >>>x pelah, kite kena sentiasa berusa untuk berkempen. chaiyok 3X
aku tak pasti dpt jadik hakim kat ukm tak cz aku ada kerja untuk berkelah kat pulau acheh plak.. ex skulmate aku wat surprise tahap cipan…
p/s : member aku yg blaja kat perancis balik cuti la, tu yang rugi kalu aku tak folow.. ape2 pun aku onform hang later la
eden nak poiee.. eden pon nak poiee.. smp hati ekao poie tak ajk eden. sontap edenn..
ahaha.. alaa.. nak tgk gambar abg nuar x pakai bju..
xde ke?
*wink -wink*
ahahahaha 😛
budak epal >>>ok, x pe. fikirkan yg terbaik
naz >>>nak tengok yg x pkai baju x leh tayang kat sini
hahaa.. okok.. nnt bagi naz special k.. 😛