LAGU JIWANG

Entry kali ini, aku selitkan 2 buah lagu yang sangat best bagi aku.  Melalui lagu ini, mungkin korang akan cakap aku ni jiwang. Jadi apa masalahnya? Ada sesiapa yang susah dan sakit dengan aku. Hahaha. Garangnya aku sekarang.

Lagu 1st adalah lagu Nubhan AF6. Lagu ni best sangat. Aku rasa ramai yang setuju dengan aku tentang keindahan lagu ini. Sesiapa yang setuju turunkan kaki. Yay, ramai yang bersetuju. Hahaha. Ok kepada yang mungkin belum ada liriknya, ambillah. Aku dah hafal pun lagu ni.

ADA UNTUKMU

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

C/o:

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Ulang c/o.

Ini pula lagu kedua. Lagu ini bukanlah dinyanyikan oleh kebanyakan artis di Malaysia. Ceritanya, orang yang menyanyikan lagu ini adalah seorang banduan yang dijatuhkan hukuman mati akibat membunuh bekas isterinya dan kekasih isterinya itu akibat cemburu. Jadi dia telah mendedikasikan lagu ini.

Ada pelbagai kisah tentang lagu ini. Jadi tak tahu mana yang betul Kebenaran cerita ini juga tidak dapat dipastikan oleh aku. Hahaha. Apa yang penting, bagi aku lagu ini juga sangat sedap untuk didengar. Ini lirik di buat tatpan korang semua. Enjoy

PERMINTAAN TERAKHIR @ CINTA 3 SEGI

Setahun sudah ku menunggu dirimu,

Akhirnya kau menjadi milikku,

Susahnya untukku melepaskanmu,

Kerna kau ku cintai selalu.

 

C/O

Tapi sayang,

Kehadiran kekasih lamamu,

Datang kembali,

Mengenang cinta dahulu.

 

Mengapa ini semua harus berlaku,

Apakah ini semua kerna diriku,

Sedangkan aku penawar da..dalam percintaan,

Tak sanggup…Aku melepaskanmu.

 

Kau ibarat,

Terperangkap di tengah lautan,

Tak tahu mana arah,

Untuk kau menuju.

 

Ulang C/O

 

Andai kau pinta untuk melepaskanmu,

Terpaksa aku turutkan, Mungkinkah ini suatu pengajaran,

Di dalam percintaan.