Bukan nilai sebenar
Dulu, entry ini, pernah dibuat oleh TongkangBocor semasa hujung-hujung semester 2 yang lalu. Kali ini, aku pun hampir mengalami masalah yang sama. Tapi situasinya agak berbeza.
Di kala aku sudah tidak ada duit begini (hanya cukup makan kot) macam-macamlah yang berlaku. Pertama, semua selipar aku dah putus. Selipar jalan dan juga selipar tandas aku dah putus. Jadi sekarang aku meminjamlah orang punya. Dan hentam pakai juga selipar tu.
Dikala dah tidak ada duit, aku banyak benda yang perlu diuruskan. Maka aku pun terpaksa guna handphone yang sudah kekeringan kredit ini. Aku pun terpaksa korbankan duit simpanan yang ada untuk topup. Kalau tidak kerja aku tak jalan. Uwaaa,
Nak makan lagi semasa perkampungan ni nak kena bayar duit minyak yang dah naik dekat motor Kak Da (walaupun dia tak minta, tapi sedar diri menumpang). Nasib baiklah esok dah ada debat yang kena urus, makan support selamat duit aku.
Tak apalah, harapnya duit aku cukup saja sampai buka sem nanti. INSYAALLAH.
Filed under: Hidup | 7 Comments »