Bukan nilai sebenar
Dulu, entry ini, pernah dibuat oleh TongkangBocor semasa hujung-hujung semester 2 yang lalu. Kali ini, aku pun hampir mengalami masalah yang sama. Tapi situasinya agak berbeza.
Di kala aku sudah tidak ada duit begini (hanya cukup makan kot) macam-macamlah yang berlaku. Pertama, semua selipar aku dah putus. Selipar jalan dan juga selipar tandas aku dah putus. Jadi sekarang aku meminjamlah orang punya. Dan hentam pakai juga selipar tu.
Dikala dah tidak ada duit, aku banyak benda yang perlu diuruskan. Maka aku pun terpaksa guna handphone yang sudah kekeringan kredit ini. Aku pun terpaksa korbankan duit simpanan yang ada untuk topup. Kalau tidak kerja aku tak jalan. Uwaaa,
Nak makan lagi semasa perkampungan ni nak kena bayar duit minyak yang dah naik dekat motor Kak Da (walaupun dia tak minta, tapi sedar diri menumpang). Nasib baiklah esok dah ada debat yang kena urus, makan support selamat duit aku.
Tak apalah, harapnya duit aku cukup saja sampai buka sem nanti. INSYAALLAH.
Filed under: Hidup |
kesian…kesian…buat pengetahuan anda,ada satu pusat jabatan kebajikan masyarakat dekat bangi..besar..tersergam indah..luang-luangkan masa…
Haa… try la cuba nasib kat situ nuar.. mana la tau dapat bantuan skit… heheheh
nuar takder duit??? takda maknanya!! kaya pulak sem lepas.. banyak pulak pendapatan melalui debat yg diraih.. motiiifff?? huhuhu…
perlu ke kaitkan nama aku utk intro tu, huhuhu
nuar….sabaq na…if akk di sini ade rezeki lebih akk bg nuar sikit ye….jg dr baik2
Sehari guna seposen… huhuhu!
FARHAN >>>taklah sampai kena minta bantuan. Apa2 pun puasa jelah.
PJOYZ >>>nanti aku cubalah, jika dah semua orang suruh aku cuba.
HAZRI >>> sikit2lah…
AWIS >>>nama pun awal sem, duit kan digunakan.
SARAH >>>x pelah, insyaallah cukup
HAKIM >>>idea yang baik!!!