Hari ini, mungkin banyak bloggers yang bercerita tentang isu minyak. Mungkin mereka bercerita tentang kesesakan yang berlaku dekat stesen minyak, orang berlanggar di stesen minyak, mungkin pergaduhan berlaku di stesen minyak.
Tapi aku malas nak cerita tentang apa yang terjadi pasal isu minyak ini. Aku tetap akan bercerita tentang aku. Hahaha. Kesian dekat mereka yang ada kereta dan motor, kenaikan yang agak tinggi akan membebankan mereka. Harap kawan aku sudilah juga nak ambil aku dekat UKM ni. Hahaha. Harap-harap kawan-kawan aku sudilah juga nak datang jumpa aku. Uwaa..
Hari ini, tak berapa nak sibuk. Sebab esok aku kena jadi ketua hakim untuk debat timbalan naib canselor antara sekolah-sekolah. Kitorang budak-budak debat hanya menguruskan kehakiman SEMATA-MATA. Nanti aku update dan ambil gambar budak-budak berdebat ya.
Hari ini, tak tahu apa nak buat. Asyik berlatih debat, tengok orang berdebat dan juga buat persediaan dengan kehakiman 2 kejohanan debat yang perlu diuruskan iaitu debat timbalan naib canselor dan juga debat naib canselor. Banyaknya, bilalah aku nak balik rumah ni.
Apa yang aku membebel ni!!! ok, nak berhenti dari merapu, takut semakin lama semakin merapu. Yang penting aku rindu. Hahaha. Gila
Filed under: Melagho |
Nape ape yang ko tulis ni takde kaitan ngan tajuk… adeh… boink kejap..
rindu??? hmm….. dgn sapa??
ehm…RINDU???? sape ek??
pjoyz >>> hahaha, saje jer..
awis >>> mak dan …
sarah >>>biarlah rahsia