FIKSYEN

Kenapa kau masih percaya dengan kata-kata orang? Kau sendiri dah tahu yang kau ******! *****?? Konon jer!!! Muka banyak *******!!! Macam mana kau boleh perasan yang kau digilai sangat??? Perasan! Sedangkan kau sendiri dah tahu ada ramai lagi orang lain dikelilinginya.

Ingat, orang macam diorang tu memang suka orang t**gg* saja. Muka macam kau ni tak dipandang pun. Kau sendiri pun tahu tentang tu. Tapi kau??? Masih mengiyakan lagi kata-kata dia. Kenapa???

Tolonglah fikir balik hidup kau. Banyak lagi benda kau kena fikir. Jangan hanya fikirkan dia, sedangkan dia tak pernah fikir tentang kau. Orang macam tu nampak macam baik. Depan semua orang dialah yang baiknya, tapi ada banyak benda di sebalik kehidupannya.

Sudahlah, orang macam ini, dia takkan rasa tenang dengan hidup dia sendiri. Kau jangan risau, mungkin sekarang dia bahagia, namun pada saat dan waktunya nanti dia akan sangat merana. Senyumlah kerana ia penawar segala duka.

Begitu beremosi aku menasihati. Hahaha

MORAL : MENURUN

Setelah berakhir debat TNC HEPA UKM semalam, aku tersangatlah letih. Walaupun sepatutnya aku hanya menguruskan bahagian kehakiman semata-mata, namun seolah-olah aku uruskan semua pasal debat tu. Dari pusingan awal sehingga ke program pertandingan akhir juga aku yang uruskan. Gila!!!

Sebelum debat tu, moral aku dah jatuh dulu. Pertama sebab dah tahu result. Tension.

Kedua, terlalu penat dengan event debat tu. Penat, penat dan penat.

Ketiga, seorang senior aku tidak akan lagi bersama kami sepanjang perkampungan debat ini.

Keempat, pekara yang paling menurunkan semangat adalah aku terlalu merindui orang. Terutama mak aku. Lagi-lagi di kala aku sedang rasa keseorangan sekarang. Walaupun aku bersama budak-budak debat, tetapi aku tetap keseorangan.

Moral aku menurun[NOKTAH]