TAWA DALAM TANGIS

Semalam tatkala duit tidak banyak dalam poket, masih juga perlu untuk meraikan senior yang akan pulang ke tanah asalnya demi mengejar kerja yang telah ditawarkan walaupun belum menggengam segulung ijazah di tangan. Gembiranya sebab makan KFC dan pergi menyumbangkan suara di kotak karaoke. Yang sedihnya sebab tulah saat terakhir untuk bersama.

  

 

Mula pergi makan KFC. Kitorang tipu senior tu, konon-kononnya kitorang pergi latihan debat dan seorang lagi senior minta tolong belikan barang. Padahal kami semua dah mennati di sana. Hehehe. Biasalah, kalau dah semua nama pendebat mestilah bijak idea nak pekena orang lain. Hehehe. Jadi makanlah kitorang semua.

 

  

  

 

Lepas makan, kitorang semua pergi pula menyumbangkan suara untuk senior ni. Semua orang wajib menyanyi dan lagu tema ialah SEDIH. Hahaha. Macam-macam lagu dan sura boleh dengar. Hehehe. Aku??? Sah-sahlah ‘sedap’. Wakakaka.

Nash nyanyi lagu masih dari Andy Flop Poppy. Khalis nyanyi lagu Dealova. Kak Daa nyanyi lagu penghujung rindu Jamal Abdillah. Asri yang alim nyanyi lagu Drowning. Pang pula nyanyi lagu penyanyi kegemarannya, Ning Baizura awan yang terpilu. Dan Black yang memang suka menyanyi, mendendangkan lagu Biarkan Aku Menangis. Aku??? Hahaha, rahsia!!!

Senior tu nangislah masa Kak Daa menyampaikan lagu Penghujung Rindu. Maklumlah, Kak Daa kalau dapat mike memang feeling gila.. Hahaha. Lawaklah, kalau nak tengok video aku nyanyi, datanglah jumpa aku, baru boleh. Hahaha. Lagu dari semua orang untuk senior aku itu adalah If I Let U Go.

So, even semua orang gembira sebab dapat melalak dan makan dengan penuh nafsunya tapi kesdihan tetap terasa. Tak apalah, biarkan dia mengejar cita-citanya. Dan kami perlu untuk teruskan usaha demi mencapai cita-cita. Dedikasi khas buat ARIA PUTERA KAMAL yang ditawarkan bekerja dengan syarikat minyak luar negara SHELL.