SELAYANG PANDANG

Ayoo, tajuk entry bukan main. Hehehe. Sebenarnya aku ambil masa sikit nak update blog yang orang kata dah bersawang ni. Maaflah kepada semua yang rajin masuk blog aku. Hehehehe. Tanpa anda siapalah aku. Cewahhh

Oklah, biar aku ceritakan apa yang aku dah lakukan serba sedikit. Kali terakhir aku update sebelum ke utara bawa adik debat aku kesana. Bestlah, dapat jadi hakim dan dapat kawan baru. Nama dia Boy. Budak epal jangan marah ya. Hahaha.

Balik dari debat arau aku dah pergi tengok adik debat aku yang lain debat perdana undang-undang pula. rezeki untuk diorang, tahniah. Terima kasih juga belanja aku makan malam. Terpaksa korbankan diet. Hahaha.

Lepas tu kena uruskan hal-hal berkaitan debat adik baru yang akan masuk UKM. Banyak gila kerja, tu yang tak sempat nak buat entry. Balik saja ke UKM ada saja benda nak buatnya. HUHUHU. Lupa nak bagitahu, lepas balik dari arau sempat juga pulang ke rumah, sebab ada hal emergency dekat rumah. Walaupun 1 hari, berbaloilah.

Baru-baru ni pergi jadi hakim debat OSH dekat UiTM Shah Alam pula. Terpaksa memenuhi jemputan. HUhuhu. Macam biasa, aku berpeluang jadi hakim akhir, sama seperti di arau (Tapi masa tu Boy ada. Hahaha) Best jugalah debat ni. Sebab pergi dengan abg bob jadi diet aku sekali lagi terpaksa dilupakan. Sebab kitorang ala-ala pergi jalan-jalan cari makan. Hahaha.

Balik dari jadi hakim tu, tugas aku sempena budak baru masuk makin banyak. Tak terkejar aku ke sana ke mari. Lepas tu dah mula masuk bilik baru, tapi sayangnya blok aku tengah renovate tandas, jadi aku tumpang bilik Daus. Baru 2 hari dekat UKM,  aku kena bersedia untuk debat komuniti bestari dekat Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Waktu aku tengah menulis entry ni, tengah duduk berbincang dengan team akulah.

Itu sajalah kot aku nak cerita dekat korang buat masa ni. Yang penting, doakan kejayaan aku esok ya. Pagi peringkat semi dan jika ada rezeki pertandingan akhir di sebelah petang. Semoga aku berpeluang mewakili selangor nanti. Amin. Bye, gambar untuk setiap event yang aku pergi, nanti aku masukkan ya pada entry yang lain. Da. Sayang korang semua.

Sayang sama kamu