SELAYANG PANDANG

Ayoo, tajuk entry bukan main. Hehehe. Sebenarnya aku ambil masa sikit nak update blog yang orang kata dah bersawang ni. Maaflah kepada semua yang rajin masuk blog aku. Hehehehe. Tanpa anda siapalah aku. Cewahhh

Oklah, biar aku ceritakan apa yang aku dah lakukan serba sedikit. Kali terakhir aku update sebelum ke utara bawa adik debat aku kesana. Bestlah, dapat jadi hakim dan dapat kawan baru. Nama dia Boy. Budak epal jangan marah ya. Hahaha.

Balik dari debat arau aku dah pergi tengok adik debat aku yang lain debat perdana undang-undang pula. rezeki untuk diorang, tahniah. Terima kasih juga belanja aku makan malam. Terpaksa korbankan diet. Hahaha.

Lepas tu kena uruskan hal-hal berkaitan debat adik baru yang akan masuk UKM. Banyak gila kerja, tu yang tak sempat nak buat entry. Balik saja ke UKM ada saja benda nak buatnya. HUHUHU. Lupa nak bagitahu, lepas balik dari arau sempat juga pulang ke rumah, sebab ada hal emergency dekat rumah. Walaupun 1 hari, berbaloilah.

Baru-baru ni pergi jadi hakim debat OSH dekat UiTM Shah Alam pula. Terpaksa memenuhi jemputan. HUhuhu. Macam biasa, aku berpeluang jadi hakim akhir, sama seperti di arau (Tapi masa tu Boy ada. Hahaha) Best jugalah debat ni. Sebab pergi dengan abg bob jadi diet aku sekali lagi terpaksa dilupakan. Sebab kitorang ala-ala pergi jalan-jalan cari makan. Hahaha.

Balik dari jadi hakim tu, tugas aku sempena budak baru masuk makin banyak. Tak terkejar aku ke sana ke mari. Lepas tu dah mula masuk bilik baru, tapi sayangnya blok aku tengah renovate tandas, jadi aku tumpang bilik Daus. Baru 2 hari dekat UKM,  aku kena bersedia untuk debat komuniti bestari dekat Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Waktu aku tengah menulis entry ni, tengah duduk berbincang dengan team akulah.

Itu sajalah kot aku nak cerita dekat korang buat masa ni. Yang penting, doakan kejayaan aku esok ya. Pagi peringkat semi dan jika ada rezeki pertandingan akhir di sebelah petang. Semoga aku berpeluang mewakili selangor nanti. Amin. Bye, gambar untuk setiap event yang aku pergi, nanti aku masukkan ya pada entry yang lain. Da. Sayang korang semua.

Sayang sama kamu

Advertisement

10 Respons

  1. motifff highlite pasal ‘boy’… motif sgt… makin berani nuar skang.. margin 9.5 skrg….

  2. khairul, syam, rizal, Farhan; tahniah dinobatkan juara pertandingan debat kemerdekaan komuniti bestari peringkat negeri selangor. gudlak di peringkat kebangsaan nanti!

  3. menang ke Selangor?? huhu.. semakin menarik peringkat kebangsaan nampaknya.. huhu.. anyway congrates…

  4. perluker nak mention nama ketua roll call kat arau tuh??

    hahaha..

    tak cerita pulak kegigihan ko nak cari top up semata2 nak reply msg..opppsss…hahahahah

    wah tahniah menang wakil selangor..kitorang pun menang kat melaka..hahaha…nasib zon berbeza..jumpa nanti kalau ada rezeki menang zon pulak..hahaha

  5. apa myer?? gigih carik top up?? wahhh… gosip baru nih.. wakaka.. myer menang kat melaka?? huhu.. thats more interesting…

  6. Tapi Nuar jeles kat Syam sebab syam dapat paling ramai peminat budak pompuan semashur walopon Nuar berpuluh kali highlightkan diri dia kacak kat atas pentas… hahahahaha.. anyway, tahniah!

  7. aah abg bob..ade lah makhluk tuhan tuh..siap suh driver bas MMU berenti kat mn2 7e semata2 nak cari top up..haha..bila lalu je depan kedai hotlink terus makhluk tuhan tu menjerit meroyan nak turun beli top up…opssss…hahaha

    rezeki menang kat melaka..harap dapat lepas zon nnt..huhu..tahniah jugak menang kat n9!!

  8. Awis >>> jgn timbulkan apa2 spekulasi yer. Wah dah macam chatting room dah ruang komen saya ni yer..

    Myer >>> wah gigih ko bercerita ya, aku nak topup sebab anak buah aku message yer. Harap jumpalah nanti peringkat kebangsaan.

    Pjoyz >>> Yelah, aku dah cakap aku handsome, tapi bila gulung dak syam cakap dia lebih handsome, kondem. Hahaha

  9. Hahaha… haruslah Syam tergugat bila ko asyik highlightkan yang ko hensem. So, bila gulung, turn dia lak angkat bakul tinggi skit dari ko. hehehehhe

  10. pjoyz >>> tulah, dia mana boleh tengok aku lebih dari dia. Oppzzz..hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: