JANJI 2

Ini adalah perkara paling baru berlaku. Aku diajak oleh Farhan dan Rizal Uniten untuk sertai debat komuniti bestari untuk negeri Selangor. Team ini disertai oleh mereka aku dan juga Syamsul UPM. Jadi ala-ala kami ni siswa Bangi dan Serdang.

Seminggu sebelum pertandingan semi dan juga akhir pada 28 Jun 2008 yang lalu di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) kami terpaksa melalui perlawanan suku akhir di Shah Alam.

Perlawanan suku akhir pasukan kami bertemu dengan pasukan daerah Gombak. Semi final kami bertemu pasukan Sabak Bernam (Abg Azerai punya team). Peringkat akhir bertemu pasukan Hulu Selangor (pasukan tuan rumah). Dalam team tu ada Pjoyz UMP dan Faiezi UPSI yang aku kenallah.

Alhamdulillah, rezeki buat kami pasukan Hulu Langat. Johan peringkat negeri dan tahniah buat Syamsul sebab dapat best speaker. Di peringkat zon kebangsaan kami satu kumpulan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan juga Kedah. Moga kami berjaya di peringkat zon nanti.

Dekat bawah ini, ada sedikit gambar buat tatapan semua. Tengoklah ya, semoga yang merindui wajah aku, bolehlah melihat wajah terkini aku yang semakin comel ini. Hahaha. Abg Bob jangan jeles ya, Abg Bob dah tak comel lagi. Hehehe

inilah team final hari itu

hadiah kami semua

tiga sekawan

peminat-peminat syam dan pjoyz

sukanya aku

JANJI 1

Hari itu aku telah berjanji dekat semua yang aku nak update sikit gambar-gambar event yang aku sempat pergikan. Jadi ini adalah edisi yang pertama. Debat Arau di UiTM Perlis.

[rockyou id=116422076&w=426&h=319]

 

Dekat sana aku berjalan malam dengan budak2 UPM. Orang bagi tumpang, ikut sajalah. Hahaha. Budak UPM ni punyalah havoc, tapi bila dalam debat macam orang tak pandai bercakap. Hahaha. MArah jurulatih dia kalau baca. Hahaha.

Sebelum nak balik pula, aku join budak2 MMU pergi padang besar buat kali yang kedua dalam sebulan. Macam biasalah, walaupun dalam keadaan duit yang tidak mengizinkan, tetap membeli sedikit barangan. Aku beli baju 2 helai saja. Sikit saja habisnya, berbanding dak NAzwan dan Myer. Beratus habis.

Oklah, tak ada benda pun nak cerita sangat, takut nanti ada orang salah tafsir pula. Maklumlah manusia ni. Hahaha. Jadi edisi gambar lain aku ‘entry’kan lain kali ya.