Semalam ada makan malam meraikan pc (pemudahcara) yang telah berusaha dan bekerja keras sewaktu pelajar baru mendaftarkan diri mereka di UKM. Sebagai tanda balas pihak pengurusan UKM, kami semua yang setia berjasa kepada UKM ini telah pun diraikan dengan majlis makan malam.
Acara yang simple dan mudah. Semua mereka yang diraikan hadir, ucapan sedikit dan terus ke agenda makan-makan. Bahagian yang sememangnya ditunggu-tunggu. Membuat strategi di peringkat awal lagi, pc debat kesemuanya mengambil tempat di bahagian belakang sekali dewan (paling dekat dengan makanan)
Aku terpaksa melupakan diet yang telah aku bina sejak beberapa hari. Namun bukanlah bermakna melantak bagai orang tidak ingat dunia. Hahaha. Pelbagai makanan disediakan. Semestinya makanan kegemaran aku, satay menjadi sasaran utama ketika menyerbu makanan (macam kanak-kanak kelaparan). Selain itu, ada nasi goreng (jamah sesudu) bihun goreng (tak sentuh, ada taugeh) buah-buahan dan juga salad.
Semasa sedang seronok menikmati makanan, kami dihiburkan dengan persembahan artis UKM. Melalaklah dia keseorangan di hadapan kerana semua orang sedang fokus terhadap makanan masing-masing. Namun hampir kebanyakan orang sudah selesai menjamah makanan mereka (jamah ke?) Dato’ TNC UKM pula ‘menyumbangkan’ sebuah lagu lama yang tidak diketahui judulnya. Hahaha. Suaranya? No Komen.
Selesai makan, aku terus balik. Malas nak duduk lama-lama, sebab aku sebenarnya tidak berapa sihat. Jadi mesti korang semua boleh agak berapa banyak sangat pun yang aku makan. Walaupun begitu, aku tetap keluar di waktu malam dengan felo kolej aku dan budak ‘gila’ yang bernama Rabi. Balik kolej? 4 pagi. Lewatnya…Mesti mak aku marah. Hahaha.
Hari ini? Aku ada perdebatan persahabatan dengan MMU, UNITEN, MSU dan juga UNITAR. Mereka yang ajak dan ingin buat dekat UKM. Kami hanya jadi tempat berkumpul sahaja. Keletihannya? Jangan ceritalah. Aku paling merasainya. Kepenatan yang melibatkan mental dan bukan fizikal…
Ok, cukuplah aku membebelkan. Jadi enjoylah tengok gambar yang aku sediakan untuk tatapan semua.

Strategi : duduk belakang

deretan makanan

antara hidangan

katakan tak nak pada taugeh

banyaknya makan

durian : say no to it

rezeki
Filed under: Melagho | 6 Comments »