Akhirnya pengorbanan selama 2 bulan lebih dengan tidak bercuti seperti kebanyakan pelajar yang lain membawa satu kenikmatan yang amat sangat sewaktu berakhirnya debat ini malam semalam. Walaupun banyak ranjau yang ditempuh sepanjang perkampungan ini, namun semuanya akan menjadikan kita lebih matang.
Seribu kemaafan kepada semua atas kelemahan diri dalam menguruskan kehakiman untuk pertandingan debat ini. Seribu satu kelemahan dalam bahagian kehakiman sememangnya harus diletakkan di atas pundak aku sebagai orang yang dipertanggungjawabkan. Segala kritikan yang dilontarkan aku terima, kerana itu semua memang silapku. Kemaafan juga dipinta daripada hakim-hakim jemputan aku, mungkin layanan yang diberikan kurang memuaskan. Bawalah pulang segala keindahan yang diperoleh di sini, dan buangkanlah segala keburukan yang didapati dari hati.
Jutaan terima kasih kuberikan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan debat ini. Terima kasih buat lukman, ida dan shabira dari upm sebab sudi jadi hakim pusingan awal. Terima kasih kepada nizam, faizal, mahzuan dan kak fila dari uitm sebab sudi jadi hakim pertandingan ini. Tak dilupakan jr sekolah aku zetty dan pakwenya nadzmi dari msu sebab sudi jadi hakim walau lambat diberitahu. Dan yang paling penting buat kak mina yang banyak sangat membantu aku sepanjang pertandingan. Untuk abg shah, terima kasih sebab sudi juga datang jadi hakim. Yang paling penting buat Abg Bob yang sentiasa memberi nasihat. Kepada En H yang selalu mengkritik juga terima kasih ya.
Sedikit pesanan buat jr UPU ini. Bila menguruskan kehakiman nanti anda akan faham apa yang saya rasa, walaupun sering digelar suka ber’eching’-‘eching’ dengan orang lain, masih mendapat hasil begini. Cuba bayangkan jika tidak bereching. Tak lupa juga pesanan buat anda, belajarlah untuk menerima teguran tidak kira dari siapa, kerana kita tak akan mampu menilai diri sendiri. Dan yang paling penting, belajarlah untuk bekerja dengan kejujuran, sebab inilah saja kunci kepada kejayaan.
Walaupun ada banyak perkara yang mengguris hati ini, namun tak mengapalah. Anggaplah perkara ini tidak pernah berlaku. Aku dah pun memaafkan korang. Kususun 10 jari memohon maaf.
Filed under: Hidup |
ader ke aku bg nasihat?? konpius jap.. hahaha
Percayalah…pengalaman hari ini bakal mematangkan anda hari esok…
boley pulok jempot hakim luar…katenyer dak buleh…
bz cam YDP UKM dah budak nih… hehehehe…
Yes..amalkan lah konsep “Na ah..duh..wutever..”