SEPI

Minggu yang lepas aku adalah berkesempatan menonton cerita SEPI. Bagi aku cerita ini bestlah dan sangat kreatif cara pengolahannya. Kagum sekejap dengan gayanya. Aku malas nak komen banyak-banyak, tapi terimalah lirik lagu tema filem SEPI ini. Bak kata Afdlin ‘tontonlah filem ini, kerana ianya memang untuk anda’

Sepi hati

Terjadi lagi

Mungkin sampai mati

Aku sepi.

 

Biar senyum hadir

Dihariku

Namun ini hanya ada dibibir

Dibibir saja

 

Aku ini

Yang bisa mengerti

Walaupun yang lain

Mahu mengerti

 

Namun berat papan

Dihidupku

Biarkan saja,Biar saja

Hanyaku yang tahu

 

*

Sejarah cinta dan hidupku

Penuh duri dan banyak ranjau

Untuk kesabaran

Yang perlu untuk tetap kuberdiri

 

Ada saatnya ku bicara

Bila hatiku telah pulang

Sepanjang kubisa atasi semua

Aku tetap diam

 

Ulang *

 

p/s : Sambil tulis entry dibuai dengan permainan emosi lagu SEPI  ini. Bestnya.

TRAGEDI

Pulang kerumah tempoh hari sedikit memberikan pengalaman kepada diriku. Hari yang dimulakan dengan sedikit kemalangan kecil yang menimpa seorang alumni dengan kereta barunya di kawasan tempat letak kenderaan di stesen komuter UKM. Aku yang boleh dikatakan lewat 15 saat untuk membantu hanya mampu merasa terkilan akibat kejadian itu. Niat membantu yang telah difikirkan tidak sempat dilaksanakan.

Setibanya di seremban untuk menaiki bas pulang ke tampin, satu lagi kejadian menimpa. Bas yang aku naik hampir untuk mengalami kemalangan. Akibat daripada brake yang dilakukan oleh pemandu secara tiba-tiba, telah menyebabkan lutut kanan aku yang sedia cedera bertambah cedera. Namun, tiba dirumah kaki yang sedikit terhencut-hencut itu didiamkan saja dari pengetahuan semua orang. Takut emak aku bimbang. Bengkaknya? Siapa yang pernah tengok kakiku yang sakit pasti dapat bayangkan betapa bertambah bengkaknya. Sakit? Pendamkan saja.

Ketika pulang dari tampin menaiki bas lagi untuk ke kawasan perumahan aku, hampir terlepas perhentian akibat aku tiba-tiba berkhayal dalam bas. Nasib baik tidak berapa jauh bas itu terlajak. Kalau tidak mengengkeh aku berjalan.

Berkesempatan bertemu rakan-rakan lama di tempat futsal kawasan perumahan, ada pula bunyi-bunyi sumbang mengatakan aku semakin sombong kerana tidak banyak berbual dengan mereka. Aku lebih banyak diam dan bukan seperti yang mereka kenal. Maaflah kawan-kawan semua, bukan sombong cuma kadangkala manusia perlu juga untuk diam bagi bermuhasabah dan memerhati.

Malam pada hari yang sama, aku berkesempatan untuk berjalan ke pekan Tampin dengan menaiki motor seorang diri (merempit, melepas tekanan hahaha). Dalam perjalanan pulang, setelah aku keluar satu persimpangan, di belakang aku hampir juga berlaku kemalangan. Aku hanya cepat 5 saat dari waktu kejadian. (bahaya accident tanpa lesen).

Sesampai dirumah, jiran aku pula bercerita yang dia terlibat dengan kawasan kemalangan yang berlaku. Penumpang motor itu dengarnya patah bahu dan dibawa ke hospital. Aku yang baru balik dari berjalan, senyap saja. Tidak mahu sesiapa risau. hehehe.

Hari Jumaat yang penuh dengan tragedi. Bersyukur, kejadian itu tidak menimpa aku. Cuma sakit kaki yang dialami masih terasa. Senyumlah kerana ianya penawar segala kedukaan.