Bila aku balik rumah tempoh hari, aku lebih banyak berkhayal dan menenagkan fikiran sendiri dengan mengimbau kembali masa silam. Sewaktu kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan dan ketenangan. Sewaktu remaja yang penuh diisi dengan kehidupan bersama rakan. Sewaktu bersama dengan keluarga sendiri dan keluarga angkat aku yang di depan rumah tu. Seronoknya jika masa boleh diputarkan kembali, seperti tidak mahu berganjak dari dunia itu.
Kalau dah nama dasar duduk di kawasan kampung, mesti ramai makcik-makcik yang akan buka gerai di rumah mereka. Ada yang jual aiskrim, keropok @ jajan, kuih-muih dan macam-macam ada. Yang terbaru, ABC yang sangat menarik dan sedap. Harganya? RM 1.50 saja,murahkan. Huhuhu. Tapi aku tak makan banyak, sekadar merasa untuk hilang kempunan. Dietlah katakan.
menyelerakan…
Itu cerita lebih kurang pukul 4 petang, sewaktu tumpang minum petang rumah keluarga angkat aku. Hahaha. Mak aku tak ada, dia pergi buat kuih, jadi menempeklah dekat rumah orang. Lebih kurang pukul 5 petang tiba-tiba aku terkenang jalan raya yang ada dekat depan rumah aku tu. Tempat kami bermain lumba lari, ‘police entry’, main kejar-kejar dan macam permainan dekat tengah jalan waktu ‘dolu-dolulah’. Wakaka. Tapi kini, jalan itu hanya tinggal sepi tanpa kanak-kanak lagi. Tiada lagi tangisan kanak-kanak yang jatuh ketika berlari dan kalah ketika bermain. Bosannya kehidupan kanak-kanak sekarang kerana tak rasa pahit manis jatuh tergolek atas jalan tar. Hahaha
sepi
Bila dah pandang jalan tu, aku pun teringat akan basikal aku yang telah diberikan kepada keluarga angkat aku tu. Masa aku bagi dulu tayarnya pancit, tapi dah dibetulkan. Aku pun apa lagi, pinjam dan naik basikal. Yay, lamanya dah tak naik basikal. Tiba-tiba rasa teruja macam baru kali pertama dapat basikal. Sejak aku tingkatan 4 dah tak naik basikal. Rindunya dekat basikal aku ni. Program berbasikal ke Kuala Pilah dulu pun naik basikal. Round-round cari awekz dekat taman pun naik basikal. Sangkutlah juga 2 3 orang. Tapi aku tidaklah mempermainkan mereka. Hahaha.
Dah puas naik basikal, aku merenung jauh padang yang terletak bersebelahan rumah keluarga angkat aku. Dulu dekat sini kami main konda-kondi, rounders sampai pecahkan rumah orang yang ada dekat situ. Hahaha. Dulu kawasan rumah aku memang tempat yang meriah. Best sangat, namun sekarang semuanya lenyap dan berkeadaan sunyi. Bila pulang, sudah tidak ada lagi hilai tawa kegembiraan dari kanak-kanak. Yang ada, bila aku pulang gelak akulah memecah kesunyiaan dengan perangai gila aku. HAhaha
taklah besar mana pun
Seterusnya nikmatilah beberapa lagi keping gambar yang lain ya. Enjoy, melihat suasana kampung indah nan permai. Wakakaka
lorong nak masuk rumah aku
inilah teratak keluarga aku
hijau nan indah dan mendamaikan
Filed under: Hidup |
aku lama dah tak balik kampung..huhu..rindu gak. dak zaman skang x sama cam ‘dolu2’..skang permainan kat dlm umah je. tak perlu laman nak main n tak perlu teman cam nak main rounders.
masa budak2 dulu yg tau main, main, main…tp skrg, assignment, assignment, assigment, huhu…
p/s : byk pokok bunga kat laman umah, ko tanam ke???
Seronok kan zaman kanak-kanak dulu. Macam-macam permainan kampung dimainkan. Bebudak skarang ni juz tau main PS jek. tak pernah rasa keseronokan konda kondi sume tuh…
mirhans >>>baru balik dari kampung,hilang sedikit kerinduan
hazri >>>mak aku yg berusaha,isi masa lapang dia
pjoyz >>plus internet merosakkan pemikiran.
salam ziarah.
‘police entry’ >> sepatutnya ‘police and thief…’ huhuhu… “police and thief want to jaga.. police mati pencurik jaga!!”
awis >>>hanya tulisan yang biasa digunakan oleh orang kampung.
rindu sgt zaman kecik2 bile bc entry ni….rs mcm nk jd kecik blk…tp xleh sbb saiz yg besar xleh dikecilkan….hahahha…
mysarah >>>jom pinjam lampu pengecil doraemon