SABAH : DEBAT II

Baru pulang dari sabah malam semalam. Penat yang dihadapi masih lagi tidak kehilangan. Namun terpaksa jua meneruskan hidup sebagai seorang pelajar yang perlu melaksanakan tugasnya.

Kepenatan yang dibawa pulang bukan sahaja dari segi fizikal akibat perbezaan waktu, namun kepenatan mental meliputi untuk berfikir ketika berdebat serta kekecewaan akibat kegagalan untuk mengulangi sejarah lalu. Mungkin tiada rezeki buat kami. Aku terima.

Bak kata Kak Mina, mungkin Allah tidak memakbulkan doaku buat masa ini kerana hikmah di sebaliknya. Mungkin ada rezeki aku di lain kali. Terima kasih Kak Mina kerana memberi nasihat ketika hati sedang sedikit berduka.

Namun pelbagai pengalaman kuperoleh di sana. Segalanya di entry yang akan datang. Terima kasih kepada sahabat yang telah mendoakan kejayaanku.

SABAH : DEBAT

 

‘Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,

Tinggi lagi sayang saya sama kamu,

…’

Lagu ni aku selalu dengar  Kalau orang bercerita pasal Sabah. Hahaha. Esok aku akan terbang ke Sabah. Join debat Alam Sekitar, buat kali yang keduanya. Alamak takutnya. Badan tak berapa nak sihat pula tu.

Macam biasa, team aku untuk kali ini adalah :-

  1. Ahmad Firdaus Mat Isa
  2. Anis Akrimah Abd Rahim
  3. Khairul Anuar Salim
  4. Nurul Aqilah Ahmad Zahari
  5. Panglima Jagumba J. Padasian (pengurus merangkap perunding personaliti)

Minta maaflah kepada semua kawan-kawan yang mungkin selalu melawati blog ini. Tapi mungkin dikecewakan dengan blog yang tidak berupdate. Aku tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini. Berjumpa doktor pun memerlukan pemeriksaan lanjut. Takutnya. Bunyi macam serius.

Aku pun terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Namun terima kasih juga kepada Rabi dan Felo Abg Jimmy yang bawa keluar untuk buka puasa dan berhibur. Hilangkan sedikit tekanan yang ada.

Walau apa pun, doakan kejayaan aku di Sabah nanti, Insyaallah aku cuba untuk bawa khabar gembira ke sini bagi mengubati sedikit luka yang ada.