Baru pulang dari sabah malam semalam. Penat yang dihadapi masih lagi tidak kehilangan. Namun terpaksa jua meneruskan hidup sebagai seorang pelajar yang perlu melaksanakan tugasnya.
Kepenatan yang dibawa pulang bukan sahaja dari segi fizikal akibat perbezaan waktu, namun kepenatan mental meliputi untuk berfikir ketika berdebat serta kekecewaan akibat kegagalan untuk mengulangi sejarah lalu. Mungkin tiada rezeki buat kami. Aku terima.
Bak kata Kak Mina, mungkin Allah tidak memakbulkan doaku buat masa ini kerana hikmah di sebaliknya. Mungkin ada rezeki aku di lain kali. Terima kasih Kak Mina kerana memberi nasihat ketika hati sedang sedikit berduka.
Namun pelbagai pengalaman kuperoleh di sana. Segalanya di entry yang akan datang. Terima kasih kepada sahabat yang telah mendoakan kejayaanku.
Filed under: Hidup |
Cepat update. Aku nak tau cite DAS. Hohohoho.
wah perluke… pyjoyz jgn ganggu kekasih gelapku ni kitorang nak fokus komuniti bestari wawawa
pjoyz >>>dah adalah kot skang ni
budak epal >>>aku yang patut cakap ko kekasih gelapku, sebab aku cerah. Hahahaha. jangan marah