SABAH : DEBAT III

Seperti yang telah aku janjikan, aku akan mengupdatekan pasal Debat Alam Sekitar yang berlangsung di Sabah baru-baru ini. Kita mulakan dengan perjalanan pergi aku ke sana.

Kontinjen UKM bertolak ke sana menaiki Air Asia saja kira-kira jam 11 pagi. Ketika di dalam pesawat pasukan lain seperti UM, UNITEN juga ada di dalam pesawat. Dek kerana kami agak lewat check in, maka duduklah kami bersepah. Maklumlah Air Asia kan mengamalkan free seating.

Team UKM

Kita bercerita pula tentang sambutan di lapangan terbang. Aku tak tahulah nak kata kecewa sedikit atau aku yang demand lebih. Sesampai kami di sana, sambutan dengan sepanduk tertulis UMS memanglah ada. Namun, kontinjen UIA dan MMU kalau tidak salah aku telah sampai lebih kurang sejam awal juga masih ada di situ. Di paksa untuk menunggu kami untuk ke UMS. Adakah patut?

Kemudian, bas yang disediakan untuk membawa kami ke UMS hanyalah sebuah sahaja. Maka saratlah bas itu dengan pendebat dan juga barangan yang kami angkut bersama. Sehinggakan ada pendebat yang terpaksa berdiri. Adakah patut, atau aku yang demand lebih? Kita lupakan sebentar kisah berdiri di dalam bas ini.

Kita buka pula pekung kelemahan pihak yang terlibat berkenaan dengan tempat penginapan. Kami di tempatkan di HOSTEL KINABALU tempat kebiasaannya menjadi tempat tinggal bagi atlet sukan. Kami ditempatkan secara berempat. Yang peliknya, kita akan bergabung dengan pendebat U lain. Dan perkara ini sebenarnya jarang berlaku. Namun tidak mengapalah tentang perkara itu, aku kan ramah saja dengan semua orang. Hahaha

Yang aku nak cerita sebenarnya, bagaimana kelemahan tempat penginapan ini. Pertama, bilik mandi @ tandas. Bilik ‘shower’ hanya ada 4 saja yang berpintu. Tandas untuk ‘pelaburan’ hanya ada 3 saja yang ada getah paip. Berbanding dengan nisbah kami yang agak ramai, saya kira perkara ini agak tidak sesuai. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?

Kedua, sekitar tempat ini tiada tempat yang baik seperti mini market ke, tempat untuk berbincang ke, atau kemudahan yang sepatutnya. Ini menyebabkan perbincangan pendebat yang mempunyai lain-lain jantina terpaksa dilakukan di tepi tangga, bawah tangga dan seluruh pelusuk ruang yang ada. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?

Sekarang aku nak cerita pula berkenaan dengan hari-hari pertandingan. Pertama kita cerita tempat berkumpul. Aku rasa akibat dari ‘pengucupan’ yang asyik diceritakan oleh Dr. Ramzah maka bilik berkumpul juga menjadi kecil. Agak tidak selesa ketika pengumuman keputusan sehingga ada yang berdiri. Kasihan pada yang berdiri. Selepas itu dengan keadaan Dr. Ramzah yang asyik membebel tentang kelewatan orang lain pada mereka yang datang awal. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?

Kedua kita bercerita tentang usher @ Lo yang bertugas. Pada aku mereka ini bagus dan memberi layanan mesra namun dek kerana baru 2 minggu menjejakkan kai ke UMS, maka banyak selok belok mereka tidak ketahui. Ini menyebabkan kami terpaksa berpusing-pusing seluruh bangunan untuk mencari bilik pertandingan. Sama seperti kami bergerak tanpa usher. Lenguh kaki aku yang memang dah sakit ni. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?

jom cari bilik sidang

Bagi mengakhiri entry kali ini, aku nak bercerita tentang satu sejarah yang aku kira paling pahit bagi penganjuran kali ini. Bukan nak menghina mereka kerana aku telah tahu cerita sebenar. Huhuhu. Malam ketibaan kami di UMS ini disambut dengan kelaparan oleh mereka dan di paksa makan dengan duit sendiri. Sewaktu taklimat, kami tidak diberi makan malam. Sekadar sebiji kuih setiap seorang untuk supper. Kemudian membawa ke tempat makan untuk membeli makanan. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?