SABAH : DEBAT III

Seperti yang telah aku janjikan, aku akan mengupdatekan pasal Debat Alam Sekitar yang berlangsung di Sabah baru-baru ini. Kita mulakan dengan perjalanan pergi aku ke sana.

Kontinjen UKM bertolak ke sana menaiki Air Asia saja kira-kira jam 11 pagi. Ketika di dalam pesawat pasukan lain seperti UM, UNITEN juga ada di dalam pesawat. Dek kerana kami agak lewat check in, maka duduklah kami bersepah. Maklumlah Air Asia kan mengamalkan free seating.

Team UKM

Kita bercerita pula tentang sambutan di lapangan terbang. Aku tak tahulah nak kata kecewa sedikit atau aku yang demand lebih. Sesampai kami di sana, sambutan dengan sepanduk tertulis UMS memanglah ada. Namun, kontinjen UIA dan MMU kalau tidak salah aku telah sampai lebih kurang sejam awal juga masih ada di situ. Di paksa untuk menunggu kami untuk ke UMS. Adakah patut?

Kemudian, bas yang disediakan untuk membawa kami ke UMS hanyalah sebuah sahaja. Maka saratlah bas itu dengan pendebat dan juga barangan yang kami angkut bersama. Sehinggakan ada pendebat yang terpaksa berdiri. Adakah patut, atau aku yang demand lebih? Kita lupakan sebentar kisah berdiri di dalam bas ini.

Kita buka pula pekung kelemahan pihak yang terlibat berkenaan dengan tempat penginapan. Kami di tempatkan di HOSTEL KINABALU tempat kebiasaannya menjadi tempat tinggal bagi atlet sukan. Kami ditempatkan secara berempat. Yang peliknya, kita akan bergabung dengan pendebat U lain. Dan perkara ini sebenarnya jarang berlaku. Namun tidak mengapalah tentang perkara itu, aku kan ramah saja dengan semua orang. Hahaha

Yang aku nak cerita sebenarnya, bagaimana kelemahan tempat penginapan ini. Pertama, bilik mandi @ tandas. Bilik ‘shower’ hanya ada 4 saja yang berpintu. Tandas untuk ‘pelaburan’ hanya ada 3 saja yang ada getah paip. Berbanding dengan nisbah kami yang agak ramai, saya kira perkara ini agak tidak sesuai. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?

Kedua, sekitar tempat ini tiada tempat yang baik seperti mini market ke, tempat untuk berbincang ke, atau kemudahan yang sepatutnya. Ini menyebabkan perbincangan pendebat yang mempunyai lain-lain jantina terpaksa dilakukan di tepi tangga, bawah tangga dan seluruh pelusuk ruang yang ada. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?

Sekarang aku nak cerita pula berkenaan dengan hari-hari pertandingan. Pertama kita cerita tempat berkumpul. Aku rasa akibat dari ‘pengucupan’ yang asyik diceritakan oleh Dr. Ramzah maka bilik berkumpul juga menjadi kecil. Agak tidak selesa ketika pengumuman keputusan sehingga ada yang berdiri. Kasihan pada yang berdiri. Selepas itu dengan keadaan Dr. Ramzah yang asyik membebel tentang kelewatan orang lain pada mereka yang datang awal. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?

Kedua kita bercerita tentang usher @ Lo yang bertugas. Pada aku mereka ini bagus dan memberi layanan mesra namun dek kerana baru 2 minggu menjejakkan kai ke UMS, maka banyak selok belok mereka tidak ketahui. Ini menyebabkan kami terpaksa berpusing-pusing seluruh bangunan untuk mencari bilik pertandingan. Sama seperti kami bergerak tanpa usher. Lenguh kaki aku yang memang dah sakit ni. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?

jom cari bilik sidang

Bagi mengakhiri entry kali ini, aku nak bercerita tentang satu sejarah yang aku kira paling pahit bagi penganjuran kali ini. Bukan nak menghina mereka kerana aku telah tahu cerita sebenar. Huhuhu. Malam ketibaan kami di UMS ini disambut dengan kelaparan oleh mereka dan di paksa makan dengan duit sendiri. Sewaktu taklimat, kami tidak diberi makan malam. Sekadar sebiji kuih setiap seorang untuk supper. Kemudian membawa ke tempat makan untuk membeli makanan. Adakah patut, atau aku yang demand lebih?

Advertisement

13 Respons

  1. Cam lahar je bunyinya… huhuhu

  2. setuju lah.
    kengkadang terasa Debat ASTAR lebih berkebajikan.
    hehe

  3. OMG.. aku setuju sangat-sangat.. jgn lupe nuar pasal transportation yg tak penah ontime!! siap kite terlewat ke pertandingan separuh akhir.. EMOE japp….. haha

  4. Xpe… itulah liku-liku jalan kejayaan.. hehehehe…

  5. Er.. bukan ker DAS ada support banyak ke?
    Ker berkurang sebab minyak naik?

  6. yurp..mmg tak patut…

  7. pengurangan bajet katanyer…

    merana kelaparan serta transport yg x efisien.

  8. Lahar plus Tersentap (gitu kot maksudnya)…

    Good luck Komunitinih,…

    p/s:bilakah kau menjadi kekasih gelap Sham? kontroversi sgtkan.. motif?

  9. dat y.. sentap ok.. dah lah asrama berlantaikan papan. ko mampu… pastuh mkn tak da malam tuh, kelaparan ok..

    kalo nak cerita memang banyak.. tapi kita belajar dari kesilapan.. secara kesuluruhan aku suker uniten jadi tuan rumah masa debat fomca.. best.. makan best hostel cantek… haha… matilah nak demand mcm tuh lagi ok..

    awas universiti yang bakal menjadi tuan rumah, pastikan anda menjalankan tanggungjawap sebelom anda dicarut oleh pendebat yang tak da insuran mulutnya… huhu

  10. pjoyz >>>bkn macam, tapi memang…opsss

    penamaya >>>walaupun makan dicatu, tapi atleast ada makan

    naz >>>ha’ah ek. lupa nak tulis

    hakim >>>tapi x berjaya pun.wakakaka

    lutfi >>>bak kata penganjur, pengucupan budget

    guy >>>yay, ada penyokong

    junny >>>tahniah masuk semi

    faiezi >>>naib johan jer, kekasih gelap?gurau2 jer

    aminur >>>tuelah, mrka lupa kita nie pendebat yang akan lepas jer…hahaha

  11. Nak dijadikan cerita, johan, naib johan dan semi-finalist semuanya tidak dapat piala iringan yang kecik-kecik untuk every debaters. Adakah patut? Ataupun aku yang demand lebih?

  12. Ali >>> Memang x patut kalo dah sampai camtu skali. Eh, bkan ke patutnya ali dah bersara?

  13. Ali >>>aik, gune quote aku balik..

    pjoyz >>>belum lagi, ada yang enggak beres

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: