DEBAT KOMUNITI BESTARI : N. JOHAN

Pada hari sabtu yang lalu aku bersama-sama pasukan debat komuniti bestari ke Kedah untuk pertandingan peringkat saringan zon 1 kebangsaan. Aku rasa semua tahu siap team aku tukan. Hahaha. Nanti kejap lagi aku letak gambar ye. Sebelum tu, nak beri tahulah, entry tentang sabah tak habis lagi tau.

Oklah, setelah 6 jam perjalanan kami sampai di Pendang Lake Resort. Tempat ni cantik jugalah. Aku sebilik dengan Syam. Paan satu bilik dengan Rizal. Kawasan ni ada tasik buatan yang cantik tau. Dekat bawah ni gambarnya.

cantik x?

Di sebabkan dekat Sabah tempoh hari tempat tinggal teruk dan tak dapat makan, Jadi aku rasa sangat puas hati dapat tinggal dekat sini. Bayangkan malam ada ;welcoming dinner’. Di sebabkan ada satay, aku telah menghapuskan segala usaha diet aku dengan makan secara menggila. Hahaha. Malam tu pun aku tidur dengan lenanya, walaupun aku sebenarnya susah nak tidur di tempat baru. Aku rasa ramai yang tahu tentang tu. [tu yang jadi dinasour] Hahaha

Esoknya, kitorang lawan dengan pasukan Perak. Perlawanan berlangsung sengitlah. Kami begitu terganggu pemikiran sebab tahu akan kesilapan yang telah dilakukan. Lepas tu ditambah pula dengan gurauan En Ibrahim yang menyatakan tentang kekalahan kami, aku semakin terganggu. Namun, rezeki kami untuk ke perlawanan akhir masih ada, maka tatkalan keputusan diumumkan kami layak ke pertandingan akhir. Syukur Alhamdullilah.

Maka, akibat daripada masalah teknikal yang banyak berlaku sepanjang pertandingan ini, sehinggakan kami tidak tahu menjadi pencadang mahupun pembangkang, petang itu kami gagahkan diri ke cc berdekatan untuk mencari maklumat. Malam tu, aku rasa sangat-sangat penat dari segi mental. Walaupun pada kadar biasa berdebat 3 pusingan sehari, namun debat ini memang memenatkan.

Jadi, esoknya bertemulah pasukan wilayah dan selangor di peringkat akhir zon 1. Keputusannya, kami kalah. rezeki tidak kami perolehi. Tidak mengapalah. Benarlah kata orang, siapa yang usaha lebih, dia dapat lebih. Kalau dah pasukan wilayah bersedia mungkin seminggu lamanya maka layaklah mereka.

Namun, aku sebenarnya agak terkilan dengan persembahan aku di peringkat akhir itu. Dan aku rasakan, akulah punca kepada kekalahan team selangor itu. Aku dapat merasakannya, andai kata kau mempamerkan persembahan yang lebih baik dari semalam, aku pasti kejayaan milik kita. Maafkan aku ya kepada rakan-rakan.

paan, aku n syam

Tidak mengapalah, mungkin sudah tiada rezeki untuk menang.