SABAH : DEBAT FINAL

Bagi menceritakan entry yang terakhir tentang kunjungan ke Sabah tempoh hari, aku nak menunjukkan hadiah-hadiah yang aku belikan dan peroleh (anehkan?).

Tapi sebelum tu, aku nak bagi tahulah betapa pendeknya masa yang diberikan untuk membeli belah. Kami hanya diperuntukkan masa 3 jam sahaja. Dengan keadaan diturunkan ditempat yang agak jauh. Lenguh dah kaki aku berjalan. Tapi tak apalah, redha jer.

Mula-mula aku mesti beli sesuatu untuk mak aku. Aku belikan rantai mutiara. Yang penting, mak aku pula bagitahu yang makcik sebelah rumah nak kirim juga (sibuklah) dan yang pasti selaku adik ipar yang baik, sahlah aku belikan juga untuk kakak ipar aku.

tuk mak aku

ni tuk akak ipar

tuk makcik sebelah

Tu barang-barang aku beli untuk orang lain. Banyak lagi sebenarnya aku beli. Siapa yang dapat, tahniahlah ya. Sebab aku bagi dekat orang-orang terpilih saja. Hahaha. Tapi aku pun dapat barang juga dari orang lain.

ini dari Aizuddin Unitar

Ini dari adam UMP

Sebenarnya, kedua-dua hadiah yang aku dapat ni Firdaus dan anis pun dapat juga. Baik gila bagi dekat semua orang. Huhuhu.

Oklah, aku rasa dah habis pun cerita pasal Sabah, esok tak tahu dah nak cerita apa. Nanti aku fikirkan ya.