Pernah atau tidak sesiapa dari anda berada di dalam kelas yang semuanya wanita dan hanya anda seorang sahaja lelaki. Hahaha. Sebelum ni aku ada 2 kelas yang aku seorang sahaja pelajar lelaki bersama lebih kurang 20 orang pelajar wanita.
sori, gambar belakang
Sebelum ni kelas Statistik II dan kelas Mekanik I. Tapi setelah 4 minggu belajar, ada 2 pelajar lelaki lain dalam kelas Statistik itu. Tapi dalam kelas mekanik hanya aku sahaja pelajar lelaki. Nasib baik pensyarah oitu juga lelaki, kalau tidak kesunyianlah aku. Hahaha (padahal dah biasa)
Ada sesiapa yang mengalami keadaan ini? Nisbahnya 1:25. Walaupun dikelilingi wanita, namun mereka semua sudah disunting oleh lelaki pujaan hati mereka. Aku? Macam biasalah kawan-kawan, single and always available. Hahaha. Nak isi borang bolehlah buat permohonan ya.
p/s : aku kesunyian dan alami sedikit sindrom kepenatan dan ketegangan.
Filed under: Hidup | 7 Comments »