KONVOKESYEN KE-36

Bermula semalam telah pun berlangsung istiadat konvokesyen ke 36 UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Tahniah kepada semua graduan yang telah selamat menamatkan pengajian mereka.

Kepada senior-senior aku yang tengah bersiap sedia menghadapi hari bahagia mereka (ala-ala nak kahwin) tahniah dan syabas aku ucapkan. Hari ini ahad ( 10/08/08 ) senior-senior aku yang akan melangsungkan istiadat tersebut ialah Aria dan Hazir.

Pada hari Isnin ( 11/08/08 ) abg Bob, abg Topec dan juga Farul. Pada hari selasa ( 12/08/08 ) abg Kerel. Itu semua tarikh sidang bagi senior debat. Bagi senior yang ala-ala rapat dekat kolej Mak Jance dan juga Kak Jun tak ingat. Hahaha.

Semalam aku berjalan-jalan sekitar tapak pesta konvo, aku dapatlah lihat penggerai menjual hadiah buat graduan-graduan itu.

 

Adakah aku mampu membelinya untuk ke semua senior ku itu? Hahaha. Saksikan sajalah ya. Akibat daripada pengucupan budget, jadi aku terpaksa berfikir panjang sedikit. Hahaha. Kopak poket macam ni.