HAMPIR

Situasi sebelum : Aku berlari-lari anak masuk kuliah kaedah berangka di FST jam 2 dari FPEND kerana baru selesai tutoran.

Situasi semasa :

Mira : N*a, mehlah duk sini, aku bawakkan kek tuk ko.

Aku : Ok2, sat aku masuk kat situ. (keadaan kelam kabut aku menyelinap masuk diantara orang lain)

Mira : Nah, kek keladi. Aku buat tau.

Aku : Hehehe (dengan gopohnya mengambil, sambil terus makan)

Jangan tiru aksi ini di dalam dewan kuliah yang lain

Aku : Kau ni saja nak bagi aku gemuk kan? Dahlah bagi time aku belum makan tengahari. Bestnya (setelah 2 3 kunyahan)

Ati : N*a!!!!!!!!!!! Bukan ko puasa ke tadi?

Aku : ……… (sambil mengeluarkan semua kek yang ada dalam mulut)

Berlari ke tandas untuk berkumur.

Aku : [ Alamak, kenapa aku tak teringat? Malunya….]

Pengajaran : Jangan gelojoh dan bernafsu sangat. Hahaha

Aku masih lagi berpuasa sehingga tibanya waktu berbuka puasa. Berbuka bersama Daus di kafe yang indah. Hahaha.

Kek Keladi

[waktu menulis entry : Baru pulang menikmati McD Kajang dengan Rabi. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi, yay] Jom tidur. Zzzzzz